28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seniwati Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun Akibat Sakit Tua

    Shopee Sale

    Dunia seni tanah air hari ini diselubungi duka apabila kehilangan seorang lagi tokoh besar perfileman, Seniwati Maria Menado yang meninggal dunia pada usia 94 tahun.

    Artikel Berkaitan: Mati Tertiarap Lepas Minum Ketum, Pengeluar Produk Bayar Pampasan Hampir RM50 Juta

    Al-fatihah

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.25 tengah hari di sebuah pusat perubatan swasta, akibat faktor usia, dalam keadaan tenang di sisi ahli keluarga tercinta.

    Berita pemergian seniwati legenda itu disahkan oleh menantunya, Sairul Amar Ayob, yang memaklumkan Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke pusat perubatan sejak 14 April lalu.

    Menurut Sairul, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi ruang kepada ahli keluarga, sahabat serta kenalan.

    Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk urusan pengurusan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

    MENARIK:  Zahiril Adzim Dedah Terima Banyak Ugutan Gara-Gara Watak Doktor Omar, Siap Nak Hantar Santau?

    Dilahirkan sebagai Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932 di Sulawesi Utara, Indonesia, Allahyarham merupakan antara bintang paling berpengaruh dalam era kegemilangan filem Melayu sekitar 1950-an hingga awal 1960-an.

    Karier seninya berkembang pesat selepas berhijrah ke Singapura, apabila arwah menyertai syarikat perfileman terkemuka ketika itu seperti Malay Film Productions dan Cathay-Keris Film Productions.

    Nama Maria Menado terus mekar apabila membintangi filem Pontianak (1957 film) pada tahun 1957 yang dianggap antara karya seram terawal dalam sejarah perfileman Melayu.

    Sepanjang kemuncak kerjayanya, Allahyarham turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, termasuk gelaran “Wanita Terjelita Malaya” oleh Times Magazine serta “Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara” oleh United Press International.

    Sumber: Awani

    The post Seniwati Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun Akibat Sakit Tua first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah