30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Buat Konten ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas 6 Bulan

    Shopee Sale

    Suami kepada penyampai radio, Neera Azizi, iaitu Muhammad Hafizi Mohd Noor, telah digantung tugas berikutan penularan video sambutan ‘gender reveal’ yang dilakukan di hadapan Kaabah, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Tular Petugas Umrah & Isteri Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Agensi Tampil Beri Penjelasan

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Mohon Maaf Isu ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lepas Dari Buat Salah’

    Tindakan tatatertib

    Pihak pengurusan agensi umrah, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd., dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa mereka memandang serius isu tersebut dan telah menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh.

    Hasil siasatan mendapati wujud pelanggaran terhadap etika dan Standard Operating Procedure (SOP) syarikat yang telah ditetapkan bagi setiap petugas.

    Susulan pelanggaran tersebut, pihak agensi telah mengambil tindakan tatatertib terhadap Hafizi.

    Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggantung individu tersebut dari berkhidmat selama enam (6) bulan berkuat kuasa serta-merta. 

    Sepanjang tempoh tersebut, individu berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan operasi atau membimbing Jemaah ke tanah suci.

    Individu berkenaan turut dikenakan tindakan tatatertib dalaman termasuk pengeluaran surat amaran rasmi dan sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap ketetapan serta garis panduan syarikat.

    Pihak In Saff Travel menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, etika, serta imej syarikat tidak akan dikompromi sama sekali.

    MENARIK:  AJL38: Sherry Alhadad Dan Alif Satar Bakal Bergandingan Tidak Keseorangan Mengetuai Acara AJL

    Terdahulu, video pasangan tersebut yang meraikan berita jantina bayi mereka di hadapan Baitullah telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati tempat suci umat Islam.

    Susulan kecaman bertubi-tubi yang diterima, pasangan itu bertindak memadam video tersebut di semua platform media sosial.

    Pihak pengurusan In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. mengambil maklum mengenai isu tular yang melibatkan salah seorang petugas mereka dan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara tersebut.

    Sumber: In Saff Travel & Tours Sdn Bhd

    The post Buat Konten ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas 6 Bulan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah