29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bongkar Kronologi Kes Melibatkan Hukuman Mati dalam ‘Fail Mahkamah’

    Shopee Sale



    Sebelum Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023 (Akta 846) berkuatkuasa, seorang individu lelaki, Shahril Jaafar, 37, telah disabitkan hukuman mati pada Januari tahun 2018 kerana membunuh seorang wanita berketurunan cina yang dikenali sebagai Chee Gaik Yap.

    Artikel berkaitan: Tiga Kes ‘Fail Mahkamah’ Yang Tergempar Tahun 2023

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Mona Fandey ‘Bangkit Kembali’

    Mangsa dirogol sebelum dibunuh

    Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan, Shahril didakwa membunuh Chee Gaik Yap di kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani antara jam 5.30 petang pada 14 Januari 2006 sehingga 3.05 pagi pada 15 Januari 2006.

    Mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh selepas dirogol dan mayatnya ditemui pada awal pagi di kawasan berkenaan.

    Memetik laporan Berita Harian pada 3 April 2023, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

    Pemansuhan hukuman mati mandatori itu antara lain bertujuan untuk mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan.

    MENARIK:  ‘Saya Pergi Kelab Malam Bukan Untuk Mabuk, Tapi Bekerja Sebagai Marketing’ – Suami Nurin Lofa

    Keluarga dapat keadilan

    Selepas bertahun-tahun keluarga Chee Gaik Yap cuba menuntut pembelaan ke atas kematian anak perempuan mereka, akhirnya semua sudah terjawab pada tahun 2018.

    Bagi mengetahui kronologi kisah pembunuhan Chee Gaik Yap, penonton boleh saksikan Fail Mahkamah di TV3 atau strim sekarang melalui aplikasi Tonton.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah