Suami kepada pempengaruh Nurin Lofa, iaitu Fadrul, tampil memberi penjelasan susulan dakwaan netizen berhubung video yang tular memaparkan dirinya berada di sebuah kelab malam baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Henti Hantar Gambar & Bukti Video Fad Dengan Perempuan Itu’ – Pempengaruh Nurin Lofa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Dedah Bukti Dicurangi, Suami Mohon Jaga Air Muka Demi Anak
Punca salah faham

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok Story, Fadrul menjelaskan bahawa kehadirannya di premis berkenaan bukan untuk berseronok atau mabuk seperti yang didakwa, sebaliknya atas urusan kerja sebagai pegawai pemasaran di lokasi tersebut.
Tambah Fadrul, tuduhan bahawa dia hadir ke lokasi tersebut untuk menghilangkan tekanan selepas bercerai adalah tidak berasas dan berpunca daripada salah tafsir segelintir pihak.
Video saya dalam kelab malam baru-baru ini sudah viral.
Saya dapat kecaman daripada netizen, kata saya pergi mabuk untuk hilangkan stres selepas bercerai.
Sebenarnya saya pergi ke kelab malam tersebut bukan untuk mabuk.
Saya bekerja di sana sebagai ‘marketing’.
Sekadar info, Fadrul mendirikan rumah tangganya bersama Nurin Lofa pada tahun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada September 2024.
Sumber: TikTok Story
The post ‘Saya Pergi Kelab Malam Bukan Untuk Mabuk, Tapi Bekerja Sebagai Marketing’ – Suami Nurin Lofa first appeared on OHBULAN!.





