25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Boleh Beza Orang Menegur Dengan Hati Atau Rasa Diri Sempurna’ – Kieda Crepe Respon Isu Tayang ‘Baby Bump’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Kieda Crepe tampil memberi respon mengenai penampilannya yang didakwa kerap menunjukkan ‘baby bump’ ketika sedang hamil.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Alami Alahan Teruk Sepanjang Hamil – ‘Ia Bukan Biasa-Biasa, Syukur Suami Sabar Melayan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Umum Hamil, Kandungan Masuk Trimester Ketiga – ‘Allah Hadirkan Zuriat Saat Aku Reda Semuanya’

    Netizen nasihat isu baby bump

    Seorang pengguna Facebook, Nadiah Shukri, memberikan teguran dengan menyatakan bahawa baby bump adalah sebahagian daripada aurat wanita Muslim yang wajib ditutup dan tidak sepatutnya dinormalisasikan untuk tontonan umum.

    Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra menyambut baik teguran itu dan menyifatkan cara individu tersebut menegur adalah ikhlas.

    Untuk Nadiah shukri, kieda suka cara awak menegur. Kieda terima lapang dada. Entah takda yang terasa dihati ni even like banyak tapi langsung Kieda tak rasa segan membaca, sebab Kieda dapat rasa orang yang ikhlas menegur. Kieda minta terus doakan Kieda ya?

    Bagaimanapun, Kieda dilihat memberikan reaksi yang berbeza terhadap seorang lagi individu yang mendakwanya secara sengaja menunjukkan perutnya itu kepada khalayak.

    MENARIK:  ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah

    Tampil mempertahankan dirinya, Kieda menjelaskan bahawa bentuk perut yang besar bagi wanita hamil adalah sesuatu yang sukar untuk disorokkan.

    Untuk Myra Eira, menegur orang tiada masalah. Tapi jangan berasa diri sempurna. Saya stalk sebelum saya update ni, awak pun tak ada beza dengan saya.

    Cuma beza saya bukan jenis masuk komen orang menyakitkan hati orang. Tapi awak menegur orang sampai orang terasa dihati . Menegur umpama memalukan orang.

    Susulan daripada itu, Kieda mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sentiasa menasihatinya selain meminta orang ramai mendoakan agar dirinya berubah menjadi insan lebih baik.

    Sumber: Facebook Khalieda Yusra

    The post ‘Boleh Beza Orang Menegur Dengan Hati Atau Rasa Diri Sempurna’ – Kieda Crepe Respon Isu Tayang ‘Baby Bump’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah