Filem aksi epik Blood Brothers: Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra merangkul Anugerah Khas Filem Box Office pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) ke-34 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.
Artikel Berkaitan: Filem Pecah Panggung Blood Brothers: Bara Naga Dominasi FFM34, Berentap 13 Pencalonan
Artikel Berkaitan: Tiga Hero ‘Blood Brothers: Bara Naga’ Berentap, Ungguli Kategori ‘Selebriti Maskulin Terhangat’ Di AMT2025
Filem tempatan paling laris

Filem hasil terbitan oleh Skop Productions Sdn Bhd dan Primeworks Studios, mencapai kejayaan yang luar biasa dengan mencatat kutipan lebih RM73.64 juta, menjadikannya filem tempatan paling laris.
Datuk Yusof Haslam, Syafiq dan Abhilash menerima trofi daripada Panchacharam Nalliah, Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) di Pansha.
Yusof mengucapkan terima kasih dalam ucapannya kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong filem tempatan.
Tiga tahun berturut-turut filem Malaysia mencatat kutipan melebihi filem Hollywood. Terima kasih kepada rakyat Malaysia terus menyokong filem tempatan,”katanya.
Film Blood Brothers mendominasikan 13 daripada 30 kategori FFM kali ini. Filem yang dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Irfan Zaini itu juga memenangi Anugerah Khas Filem Box Office dalam kategori Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.
The post Blood Brothers: Bara Naga Raih Anugerah Khas Filem Box Office Di FFM34 first appeared on OHBULAN!.





