Pelakon, Nadia Brian mengakui soalan berkaitan jodoh sudah menjadi perkara biasa yang sering diajukan, khususnya kepada wanita bujang atau yang pernah melalui fasa perceraian.
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Akur Jika Tiada Jodoh Dengan Boss Ned – ‘Saya Fokus Keluarga & Kerja’
Orang sekeliling prihatin

Nadia, 34, berkata, dia tidak melihat pertanyaan tersebut sebagai satu perkara sensitif, sebaliknya menganggap itu adalah rasa ingin tahu serta keprihatinan orang sekeliling terhadap dirinya.
Sebenarnya soalan bila nak kahwin itu memang tiap-tiap tahun, setiap raya akan ditanya. Ia memang soalan ‘famous’ untuk wanita yang belum berkahwin atau yang mungkin berkahwin lagi.
Tapi bagi saya, bila orang tanya mungkin mereka ambil berat dan ingin tahu. Kita sebagai perempuan pula tak adalah nak bercakap lebih-lebih.
Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan dan hanya mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai.
Bagi saya, mungkin orang bertanya sebab mereka ingin tahu. Saya pun tak ada nak cakap lebih-lebih, cuma mohon doa yang baik-baik.
Ada jodoh, ada lah. Insya-Allah mana yang terbaik untuk saya. Saya ada ibu, adik-beradik, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa doakan yang baik-baik.
Terdahulu, Nadia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan, Nedim Nazri apabila dilihat keluar dan memuat naik foto bersama.
Namun, tidak lama kemudian timbul dakwaan mengatakan hubungan mereka sudah berakhir apabila tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram. Begitu pun, Nadia terus mengunci mulut tentang hal tersebut.
The post ‘Bila Nak Kahwin Soalan Famous Setiap Kali Raya’ – Nadia Brian first appeared on OHBULAN!.





