
Pelakon veteren, Normah Damanhuri bersyukur dengan penampilan terbaru anaknya, Rose Azlin.
Hidayah milik Allah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli bertekad untuk berhijrah setelah dua minggu menunaikan umrah di Tanah Suci.
Ujarnya, dia membuang segala koleksi pakaian yang kurang sesuai dengan imej terkini.
Bila niat nak pergi umrah, saya bercita-cita untuk berubah.
Selama dua minggu di Mekah elok saja jaga aurat, solat tak tinggal. Kenapa bila balik tak boleh nak buat macam itu? Sedangkan Allah dah bagi apa yang kita mintak.
Saya dah buang koleksi-koleksi pakaian yang lama.
Bila saya pandang pakaian lama, saya rasa sampai bila saya nak pakai sebegitu.
Berkongsi lebih lanjut, suami kepada Kak Nona turut menyokong dengan perubahan imejnya yang lebih tertutup.
Reaksi Ibu
Menurut Normah Damanhuri, dia tidak menyangka perubahan Kak Nona sekaligus bersyukur dengan penghijrahannya.
Sebagai seorang ibu, saya bersyukur sangat kepada Allah.
Mula-mula risau juga penghijrahan Kak Nona sekejap, rupanya dia dah beli banyak tudung sebelum berangkat menunaikan umrah.
Dalam pada itu, Normah berharap agar penghijrahan Kak Nona berkekalan dan diikuti oleh adik beradik yang lain.





