Pelakon, Keith Foo menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai aktor yang didakwa pernah memikat rakan artis, Harissa Adlynn, ketika mereka sama-sama membintangi sebuah drama.
Artikel Berkaitan: Keith Foo Enggan Ulas Status Agama, Minta Tunggu Hujung Tahun – ‘Saya Tak Akan Umumkan, Biarlah Orang Tahu Sendiri’
Dakwaan pikat?

Ketika dihubungi , Keith, 43, menepis dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak mempunyai kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan Harissa.
Menurut Keith, Harissa sendiri telah menghubunginya bagi menjelaskan situasi sebenar selain memohon maaf atas salah faham yang tercetus.
Orang tag nama saya dan Riena. Saya hanya berlakon, tidak ada kena mengena.
Tadi dia ada whatsapp ketika saya bersama Riena. Dia nak call untuk clarify. Saya ada tegur dia juga kenyataan yang diberikan secara tidak langsung memberi kesan kepada kami dua.
Saya cakap ini adalah pengajaran untuk dia. Dia tidak berniat tetapi drama terakhir adalah berlakon dengan saya (Isteri Rahsia Ungku Jabar).
Sebab itu orang luar fikir saya yang dimaksudkan. Dia minta maaf juga masa call.
Dalam pada itu, Keith turut menjelaskan bahawa kehidupan peribadinya tidak terjejas dan hubungan bersama kekasihnya, Riena Diana berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, dia mengakui kurang senang apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas kerana bimbang memberi persepsi negatif kepada keluarga serta orang sekeliling.
Saya seorang yang pergi kerja, balik rumah luang masa bersama keluarga dan anak serta Riena.
Hubungan saya dengan Riena okay saja. Cuma saya tidak suka benda mengarut seperti ini sebab keluarga saya akan tengok. Jadi tak best, orang luar akan nampak saya macam buaya darat, contoh. Saya sayang Riena.
Sebelum ini, Harissa mendedahkan dia pernah dipikat oleh seorang rakan artis yang sudah mempunyai kekasih ketika dalam satu temu bual bersama media.
The post Keith Foo Perjelas Tuduhan Pikat, Harissa Adlynn Sudah Hubungi Minta Maaf – ‘Saya Sayang Riena Diana’ first appeared on OHBULAN!.





