Ramai antara kita masih fikir nak mula simpan atau melabur perlu duit yang banyak. Hakikatnya, dengan cara yang betul, sesiapa pun boleh mula, termasuk dengan emas.
Melalui platform Bursa Gold Dinar (BGD) oleh Bursa Malaysia, rakyat Malaysia kini boleh mula simpan emas dengan serendah RM10 sahaja.
Simpan emas kini lebih mudah & fleksibel
Bursa Gold Dinar merupakan platform pelaburan emas digital yang membolehkan pengguna:
- Beli dan jual emas 999.9 (24K)
- Simpan emas secara selamat
- Transfer emas kepada orang lain
- Tebus emas fizikal dalam bentuk dinar
Semuanya boleh dilakukan dalam satu aplikasi yang mudah digunakan, bila-bila masa, di mana sahaja.
Lebih menarik, setiap 4.25g emas digital boleh ditebus kepada syiling emas fizikal.
Kenapa emas masih jadi pilihan?
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas terus kekal sebagai aset yang stabil dan dipercayai. Ia mempunyai permintaan tinggi di peringkat global, dengan bekalan yang terhad, sekali gus menjadikannya salah satu aset paling tahan inflasi.
Faktor ini turut disokong dengan prestasi harga emas yang menunjukkan peningkatan lebih 300% dalam tempoh 10 tahun, serta sekitar 29% dalam tempoh 6 bulan terakhir berdasarkan data pasaran global.
Ini menjadikan emas bukan sekadar simpanan, tetapi juga instrumen pelaburan jangka panjang yang kukuh.
Selamat, patuh syariah & disokong Bursa Malaysia
Apa yang membezakan Bursa Gold Dinar dengan platform lain ialah:
- Pemilikan emas fizikal sebenar
- Disokong dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia
- Patuh Syariah
- Disimpan dalam vault yang selamat
Ini menjadikannya pilihan pelaburan yang lebih telus, selamat dan diyakini.
Banyak ciri mudah yang boleh digunakan
Selain beli dan simpan emas, pengguna juga boleh:
- Cash out bila-bila masa
- Set price alert ikut harga emas
- Trade emas melalui fungsi exchange
- Hantar emas kepada keluarga & rakan
- Pantau zakat emas
Semuanya direka untuk jadikan simpanan emas lebih praktikal dalam kehidupan seharian.
Jom singgah Booth BGD di Karnival Jom Heboh Penang
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, Bursa Gold Dinar akan berada di Karnival Jom Heboh Penang. Pengunjung berpeluang mendapatkan penerangan terus daripada pihak BGD, mencuba sendiri aplikasi, serta menyertai aktiviti menarik yang disediakan di booth.
Lebih menarik, terdapat juga peluang untuk menerima ganjaran emas percuma sepanjang program berlangsung.
Dapat emas percuma untuk pengguna baharu
Untuk pengguna baharu, BGD menawarkan promosi khas di mana korang hanya perlu memuat turun aplikasi, mendaftar akaun, memasukkan kod promo GOLD, dan membuat pembelian minimum RM100 emas.
Selepas itu, pengguna akan menerima 0.02 gram emas secara percuma sebagai permulaan pelaburan.
Promosi ini juga boleh digunakan dengan kod JOMEMAS, dan ia sah sehingga 30 Jun 2026 untuk pengguna baharu sahaja, tertakluk kepada terma dan syarat serta stok terhad.
Mulakan langkah pertama simpan emas
Dengan hanya RM10, kini lebih ramai rakyat Malaysia boleh mula membina tabiat simpanan emas secara digital tanpa perlu modal besar.
Bursa Gold Dinar membuka peluang untuk menjadikan emas sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan harian yang lebih selamat, mudah dan patuh Syariah.
Untuk maklumat lanjut, layari muat turun aplikasi melalui App Store dan Google Play Store.
The post Beli Emas Serendah RM10? Ini Cara Baru Simpan Emas Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.





