30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bayang’ Aliff Aziz & Ruhainies Tak Kelihatan, Kes Khalwat Dijangka Tunda

    Shopee Sale



    Kes pertuduhan khalwat membabitkan pelakon Ruhainies dan penyanyi, Aliff Aziz dijangka akan dibawa ke satu tarikh yang baru.

    Tiada nama di senarai

    Ini susulan kedua selebriti mahupun pihak peguam tidak kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sehingga jam 11 pagi, hari ini.

    Sementara itu, semakan di senarai nama luar kamar mahkamah juga mendapati tiada terteranya nama Ruhainies mahupun Aliff.

    Bukan itu sahaja, usaha untuk mendapatkan info dari peguam syarie mewakili kedua-dua selebriti tersebut iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh juga gagal kerana tidak dapat dihubungi.

    Pagi 17 Oktober tahun lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies mengambil pendekatan untuk ‘membisu’ selepas sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Ketika ditemui , Aliff dan Ruhainies dilihat enggan memberikan sebarang komen berhubung penangguhan sebutan kes itu.

    Pada prosiding tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies untuk ditangguhkan dengan tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan.

    Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas yang merupakan adik kepada Ruhainies menarik diri.

    MENARIK:  ‘Hidayah Milik Allah, Saya Hanya Mampu Doa Yang Terbaik Buat Anak-Anak’ – Nora Ariffin

    Mengaku tidak bersalah

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah