33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perkongsian Individu Tentang Wanita Hamil Semasa Koma Buat Netizen Terkedu – ‘Rupanya Dia Kena R*gol Dengan..’

    Shopee Sale

    Seorang individu mendedahkan kisah mengejutkan mengenai nasib malang yang menimpa wanita ketika berada dalam keadaan koma.

    Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’

    Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir

    Hamil ketika koma

    Menerusi perbincangan di laman Threads, seorang pengguna platform berkenaan bertanya kepada warganet sama ada wanita yang berada dalam keadaan koma masih mengalami haid atau pun tidak.

    Menjawab persoalan tersebut, seorang individu menjelaskan bahawa wanita yang berada dalam keadaan koma kebiasaannya mengalami haid seperti biasa meskipun tidak sedarkan diri.

    Menurut dakwaannya, terdapat sebuah kes di mana seorang pesakit wanita koma dan mengalami haid setiap bulan, namun terhenti disebabkan dirinya hamil.

    Difahamkan pesakit wanita itu didakwa menjadi mangsa serangan seksual ketika berada dalam keadaan koma.

    Ya, boleh haid.

    Sebab ada kes, setiap bulan pesakit koma ini datang haid, sampai satu masa dia tak datang bulan.

    Bila periksa, dia hamil dan rupanya dia kena rogol dengan jururawat lelaki semasa koma.

    Selain itu, individu berkenaan turut menerangkan tentang keadaan bayi yang dikandung serta bagaimana janin tersebut menerima bekalan nutrisi ketika ibunya berada dalam keadaan koma.

    Macam mana si ibu boleh survived semasa koma, begitu juga bayinya.

    Pihak hospital akan masukkan nutrisi dalam badan si ibu, indirectly akan supply kepada bayi juga.

    Ada juga ibu yang melahirkan semasa koma.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengutuk perbuatan keji itu dan meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

    MENARIK:  Konsert Solo Pertama B.I, Bintang K-Pop, 'Hype Up', Akan Diadakan di Malaysia Jun Depan!

    Sumber: Threads

    The post Perkongsian Individu Tentang Wanita Hamil Semasa Koma Buat Netizen Terkedu – ‘Rupanya Dia Kena R*gol Dengan..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah