31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Teo kesal Marina bersara, dedah tawar jawatan GLC lepas PRN

    Shopee Sale

    Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching mendedahkan parti itu merancang memindahkan Adun Skudai Marina Ibrahim ke satu lagi kerusi bandar pada pilihan raya Johor akan datang — dengan jawatan pengerusi GLC disediakan sebagai pelan sandaran.

    Teo membayangkan rundingan kerusi PH Johor sedang berlangsung, selain menyatakan kekesalan terhadap keputusan Marina yang diumumkan pagi ini untuk bersara daripada politik aktif.

    Mempertahankan rancangannya, Teo berkata perkara itu telah dijelaskan kepada ahli politik berusia 38 tahun itu, dengan peranancangan supaya dia membina kehadirannya sebagai wakil rakyat terlebih dahulu sebelum menjadi sebahagian daripada rancangan DAP untuk meluaskan pengaruh ke kerusi bukan tradisi.

    "Pakatan Harapan Johor telah memulakan rundingan pembahagian kerusi. Walaupun rundingan masih berjalan, ada kemungkinan yang besar bahawa DAP kali ini dapat tanding di satu kerusi bandar yang pernah dimenangi oleh PH pada 2018.

    "Pada asasnya, kepimpinan parti berpandangan bahawa Marina merupakan calon paling berpotensi yang mempunyai peluang kemenangan paling tinggi untuk menggalas misi strategik DAP melangkah keluar daripada kawasan tradisi parti,” kata ketua DAP Johor itu tanpa menamakan kerusi berkenaan.

    Katanya, satu jawatan GLC juga akan disediakan sebagai jaring keselamatan untuk ahli politik muda itu.

    “Bagi memberikan keyakinan bahawa parti akan terus bersama beliau tanpa mengira keputusan Pilihan Raya Negeri Johor kelak, saya turut berkongsi hasrat untuk mencadangkan beliau sebagai Pengerusi sebuah badan berkanun, yang saya percaya mampu menjadi medan untuk beliau terus menyumbang secara konstruktif kepada masyarakat dan negara.

    "DAP Johor amat menghargai pemimpin yang sanggup mengambil langkah taktikal yang berani demi kepentingan parti, dan kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk bersama mereka menempuh cabaran, khususnya apabila berdepan situasi yang penuh ketidakpastian.

    "Sebagai seorang rakan seperjuangan dan juga Pengerusi DAP Johor, saya berasa amat berat hati apabila Marina memilih untuk meninggalkan arena politik pada ketika ini.

    MENARIK:  Hajiji: Dakwaan pembangkang k'jaan Sabah gagal tak berasas

    "Sekiranya sebarang perbincangan berkaitan strategi pilihan raya negeri Johor telah menimbulkan rasa kurang senang atau mengguris hati beliau dalam apa cara sekalipun, saya ingin merakamkan rasa kesal secara terbuka. ,” tambah Teo.

    Difahamkan Teo merujuk kandungan sepucuk surat yang didakwa daripada Marina bertarikh 30 Mei, bagi menolak secara rasmi tawaran didakwa untuk bertanding di kerusi DUN Tiram yang kini disandang Umno, serta tawaran dilantik ke jawatan GLC jika dia kalah.

    Malaysiakini telah menghubungi Marina untuk mendapatkan ulasan.

    Marina sebelum ini membayangkan terdapat faktor dalaman yang menyumbang kepada keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Skudai.

    Dalam hantaran Facebook yang mengumumkan persaraannya pagi ini, Marina membuat ulasan tambahan dengan berkata: “Saya buat keputusan ini setelah berbincang dengan semua sukarelawan saya dan rakan kerja.

    "Kalau ada yang cakap pengaruh dalam parti lebih penting dari kuat kerja. Takpe, saya tahu tempat saya,” katanya tanpa mengulas lanjut.

    Marina berkata dia merancang kembali melakukan kerja khidmat masyarakat selepas penggalnya tamat.

    Menjelang pilihan raya Johor, menteri besar negeri dan pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mengisytiharkan gabungan itu akan bertanding di semua 56 kerusi menentang PH dan pihak lain.

    PH kemudian berkata gabungan itu juga akan bertanding di semua kerusi di Johor sebagai tindak balas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah