31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanggup Pinjamkan Pembantu Rumah, Pengurus Azar Azmi Kongsi Kebaikan Aliff Syukri & Isteri

    Shopee Sale

    Pengurus kepada pelakon Azar Azmi iaitu Kam Abd Manap, menyifatkan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai individu yang baik hati serta tidak berkira dalam membantu orang lain.

    Puji Aliff Syukri, isteri

    Menerusi satu hantaran di Threads, Kam berkongsi pengalaman sepanjang Azar bekerjasama dengan pasangan usahawan berkenaan malah menyifatkan segala pertolongan yang diberikan dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    Sepanjang Azar bekerjasama dengan Dato Aliff beberapa kali, Dato dan Datin adalah orang yang baik dan tak pernah berkira.’

    Apa yang dia buat tiada selindung atau menunggang apa-apa cerita. Setiap kata-kata Dato Datin seiring dengan perbuatan.’

    Dalam masa sama, Kam turut mendedahkan bahawa pasangan usahawan itu pernah meminjamkan pembantu rumah mereka untuk menjaga anak-anak Azar bagi memudahkan pelakon tersebut keluar mencari rezeki.

    Masa ada tak ada apa-apa, Dato dan Datin pinjamkan bibik mereka untuk jaga anak-anak bagi memudahkan Azar untuk mencari rezeki, can you imagine until that level?

    Sebelum ini, pelakon Norish Karman menerusi sebuah podcast mendedahkan dia menerima kurang daripada separuh daripada jumlah RM50,000 hasil sesi siaran langsung bersama seorang usahawan sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  [VIDEO] POV Meerqeen Bebel Bila Peminat Minta Tanda Tangan – ‘Comelnya, Boleh Ajak Lepak Mamak Ni’

    Sumber: Threads

    The post Sanggup Pinjamkan Pembantu Rumah, Pengurus Azar Azmi Kongsi Kebaikan Aliff Syukri & Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah