30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hidayah Milik Allah, Saya Hanya Mampu Doa Yang Terbaik Buat Anak-Anak’ – Nora Ariffin

    Shopee Sale

    Penyanyi, Datuk Nora Ariffin membuka mulut mengenai imej terbaharu anaknya, Putri Dahlia yang memilih untuk tidak berhijab.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung

    Artikel Berkaitan: ‘Ramai Orang Mengata, Lebih Tambah Pahala Saya’ – Putri Dahlia

    Nora sentiasa doakan anak-anak

    Menerusi Instagram Story (IGs), Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin memaklumkan bahawa sebagai seorang ibu, dirinya tidak pernah berhenti dari memberikan nasihat yang terbaik buat anak-anaknya.

    Tambah pelantun lagu ‘Di Persimpangan Delima’, dia percaya hidayah itu milik Allah dan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua cahaya matanya.

    Hidayah itu milik Allah SWT.

    Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak. Allah saja yang tahu apa yang kami lalui.

    Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Terima kasih semua.

    Terdahulu, anak kepada Nora iaitu Putri Dahlia mencuri perhatian apabila tampil tidak berhijab di malam Anugerah Industri Muzik ke-24.

    MENARIK:  [VIDEO] Rozita Che Wan Usik Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Suka – ‘Selamat Pengantin Baharu’

    Ketika ditemui media, Putri yang kini hanya menggunakan nama Dahlia menjelaskan bahawa keputusan itu diambil sebagai langkah untuk memulakan perjalanan baharu dalam memahami agama dengan lebih mendalam.

    Posting Nora Ariffin

    Sumber: IGs Nora Ariffin

    The post ‘Hidayah Milik Allah, Saya Hanya Mampu Doa Yang Terbaik Buat Anak-Anak’ – Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah