Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan seorang penerbit pernah menghubunginya semata-mata untuk memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan memegang watak utama dalam mana-mana projek lakonan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatiya Latiff Dipuji Sebutan ‘Not Bad’ Ketika Baca Al-Quran – ‘Maksudnya Dia Sudah Biasa Mengaji’
Penerbit biadap

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Fatiya mengakui tidak tersinggung dengan perkara tersebut malah memahami setiap anak seni pasti melalui fasa turun naik dalam perjalanan kerjaya masing-masing.
Tambah Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 39, anak seni sering menjadi buruan pelbagai pihak ketika berada di kemuncak populariti namun mudah dilupakan apabila nama tidak lagi menjadi perhatian.
Ada seorang penerbit tiba-tiba nak ambil saya berlakon.
Rupa-rupanya dia cuma nak cakap yang saya tidak akan lagi memegang watak utama.
Saya tak terasa. Saya tahu putaran hidup sebagai pelakon macam mana.
Bila tengah popular, ramai penerbit, pihak televisyen atau pengasas produk nak ambil berlakon dan sebagainya.
Bila dah tak ‘panas’, mereka semua tak pandang awak.
Perkara ini akan jadi pada mana-mana artis, tunggu masa saja, cepat atau lambat.
Menurut pelakon utama drama Ariana Rose itu, dia tidak kisah sekiranya tidak menerima tawaran berlakon kerana kini lebih mengutamakan perniagaan yang diusahakannya.
Saya tak mahu sangat pun tawaran daripada mana-mana syarikat sebab saya sedang usahakan perniagaan sendiri.
Walaupun kecil, saya percaya perniagaan saya akan berkembang.
Saya cuma harap doa dan sokongan daripada anda semua.
Sumber: Threads @fatiyalatiff
The post ‘Dia Cakap Saya Tidak Akan Pegang Watak Utama Lagi’ – Fatiya Latiff Dedah Dihubungi Penerbit first appeared on OHBULAN!.





