Bapa kepada pelawak, Amir Raja Lawak iaitu Azmi Deris dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, awal pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’
Al-fatihah
View this post on Instagram
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi menerusi hantaran di Facebook.
Assalamualaikum, innalillahiwainnailaihirajiun.
Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin.
Sementara itu, Amir memaklumkan bahawa jenazah arwah ayahnya akan disolatkan pada jam 9 pagi di masjid sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.
Bekas peserta Raja Lawak musim ketiga itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya.
Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke tanah perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.
Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-fatihah buat arwah abah saya.
Sekadar info, Amir berkongsi mengenai keadaan bapanya yang semakin uzur dan lemah akibat menghidap kanser usus pada pada pertengahan Julai lalu.
Posting Amir
Sumber: Facebook Amir Raja Lawak
The post Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Pada Yang Mendoakan’ first appeared on OHBULAN!.





