26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arif Aiman Syukur Tersenarai Antara Tiga Calon Anugerah Pemain Terbaik AFC, Rakyat Malaysia Anggap Sudah ‘Menang’ Di Hati

    Shopee Sale

    Nama pemain muda bola sepak negara, Arif Aiman terus harum di pentas antarabangsa apabila menjadi wakil tunggal Malaysia ke Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Awards) 2025 yang berlangsung di Arab Saudi, pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: Arif Aiman Terus ‘Terbang’ Kejar Pemain Terbaik Tahunan AFC, Tak Sempat ‘Celebrate’ Kemenangan Harimau Malaya

    Malaysia bangga

    Walaupun tidak menggenggam trofi Pemain Terbaik AFC 2025, pencalonan Arif sebaris dua bintang utama Asia iaitu Akram Afif dari Qatar dan Salem Al Dawsari dari Arab Saudi sudah cukup membuktikan kehebatan anak muda itu.

    Rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian luar biasa tersebut dan menganggap Arif sebagai simbol baharu kebangkitan bola sepak tanah air.

    Belum rezeki buat Arif Aiman namun tetap menjadi kebanggaan negara. Walaupun anugerah Pemain Terbaik AFC belum berjaya digenggam, pencapaian dan persembahan cemerlang Arif Aiman sepanjang musim ini telah meletakkan nama Malaysia di peta bola sepak Asia.

    Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan semangat, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan. Tahniah sekali lagi kepada Arif Aiman, simbol kehebatan dan inspirasi generasi muda negara.

    Kehadiran tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas anugerah tertinggi bola sepak Asia itu membuktikan bakat anak Malaysia mampu berdiri setanding pemain terbaik benua ini.

    MENARIK:  Ibu Tunggal Dicakap Berkhalwat Ketika Mengajak Anak Usia Empat & Enam Tahun

    Sementara itu, Arif menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur atas pencalonan tersebut dan mengakui tidak meyangka mampu ‘terbang’ sejauh ini.

    Alhamdulillah atas rezeki ini, tersenarai antara tiga calon teratas bagi Anugerah Pemain Terbaik AFC. Tidak pernah terfikir akan sampai sejauh ini, namun perancangan Allah sentiasa lebih hebat.

    Saya bersyukur atas setiap langkah yang dilalui. Terima kasih kepada keluarga, Tunku Mahkota Ismail dan semua yang mendoakan.

    Meskipun tidak membawa pulang trofi, Arif tetap ‘menang di hati rakyat’ sekali gus menjadi lambang semangat, disiplin dan dedikasi yang mengangkat nama Malaysia ke puncak antarabangsa.

    Sumber: TikTok & Instagram

    The post Arif Aiman Syukur Tersenarai Antara Tiga Calon Anugerah Pemain Terbaik AFC, Rakyat Malaysia Anggap Sudah ‘Menang’ Di Hati first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah