Pelakon dan model, Haneesya Hanee sudah melupakan isu layanan buruk oleh sebuah butik pakaian ketika dia berhasrat memohon tajaan bagi persediaan drama Aku Bukan Ustazah musim ke-2.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haneesya Hanee Kesal Terima Layanan Buruk Ketika Minta Tajaan Pakaian – ‘Dia Punya Kurang Ajar Macam Minta Penampar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Menghina Sampai Macam Ini’ – Haneesya Hanee Respon Netizen Kutuk Warna Kulit Gelap Gara-Gara Watak ‘Sally’
Win-win situation

Haneesya, 25, berkata, niatnya minta ditaja kerana secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan jenama pakaian tersebut dalam kaca televisyen
Untuk musim kedua saya cadang nak ‘loan’ baju dengan mana-mana butik, sebab musim kedua drama ini saya perlu pakai banyak baju abaya.
Saya fikir ini adalah peluang berkongsi rezeki dengan mana-mana butik, kira ‘win-win situation’. Baju mereka dapat masuk TV.
Mustahil untuk saya beli baju abaya sendiri sebab banyak babak dalam drama ini perlu pakai abaya. ‘Bankrup’ saya kalau nak beli baju abaya untuk semua babak.
Sepasang abaya sahaja sudah mencecah RM300 hingga RM500, kalau ada sepuluh babak dah berapa ribu?
Ibarat ada pelangi selepas hujan, Haneesya yang membawakan watak Sally dalam drama tersebut bersyukur apabila banyak butik yang sudi menajanya selepas isu berkenaan tular.
Selepas isu itu tular, alhamdulillah, ramai jenama pakaian yang menaja. Kebanyakkan baju saya dalam musim kedua ini semua ditaja.
Saya cuma kesal dengan layanan yang diberikan, mungkin orang itu tidak tahu untuk kegunaan sebenar. Niat saya cuma mahu bantu baju dia masuk TV sahaja. Apa pun saya sudah lupakan perkara itu, tiada mana-mana pihak pun yang salah.
Aku Bukan Ustazah 2 sudah ditayangkan bermula 10 Mei lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3.
Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
The post ‘Bankrup Saya Kalau Beli Baju Abaya Untuk Semua Babak’ first appeared on OHBULAN!.





