33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Saya Bertudung Bukan Kerana Allah, Takut Tak Istiqamah’ – Aleeya Zailan

    Shopee Sale

    Usahawan Aleeya Zailan berkongsi pandangannya mengenai penghijrahan, khususnya dalam soal berhijab. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Berhabis RM10,000, Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf

    MENARIK:  Jumpa Syamsul Yusof, Penghantar Makanan Siapkan Pakej Bergambar Atas Lamborghini - 'Tuan Kereta Pemenang'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Detik Cemas Dua Anak Aleeya Zailan ‘Hilang’ Di Amerika

    ‘Memang ada niat nak bertudung’

    " data-video-id="7533620036636806408" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @avenys_tv

    Aleeya nak ikhlas pakai tudung tau bukan terpaksa !!

    ♬ original sound – AVENYS tv – AVENYS tv

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, pengasas Avenys ini mengakui bahawa dia sudah lama terfikir untuk berhijab namun masih belum berani melakukannya kerana ingin memastikan niatnya benar-benar ikhlas dan bukan kerana desakan sekeliling atau trend semasa.

    Memang ada niat nak bertudung tapi saya nak tahu niat saya berhijab tu sebab apa. 

    Adakah saya bertudung sebab nak nampak cantik, nampak muda atau sebab pujian orang dan nak naikkan bisnes? Dah menyeleweng niat saya ni, sebab tu saya sabar dulu.

    Menurut Aleya, dia sedar bahawa hukum menutup aurat merupakan satu kewajiban dalam Islam. Namun baginya, bertudung bukanlah sekadar penampilan tetapi ianya haruslah hadir dengan niat yang betul agar perubahan yang dilakukan kekal dan tidak bersifat sementara.

    Saya tahu bertudung tu perkara wajib tapi saya nak niat saya bila pakai tudung tu kerana Allah SWT.

    Bila saya bertudung tak ikhlas dan disebabkan pujian dan sebagainya, saya risau saya tak istiqomah.

    Apa yang kita buat semua adalah kerana Allah.

    Sementara menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan doa agar Aleeya terus diberi kekuatan untuk berhijrah.

    Netizen titip nasihat

    Sumber: TikTok Avenys TV

    The post [VIDEO] ‘Kalau Saya Bertudung Bukan Kerana Allah, Takut Tak Istiqamah’ – Aleeya Zailan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah