
Penyanyi dan usahawan Azza Elite menjawab pertanyaan warganet tentang bagaimana dia menunaikan solat selepas mengenakan solekan yang tebal.
Respon Azza
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima Zawari berkata, dia hanya mengenakan solekan sederhana dan mudah untuk ditanggalkan.
Kami make up tetapi waktu solat kami buang, lepas solat kami make up balik.
Tetapi selalunya saya tidak make up tebal macam nak pergi show. Saya hanya make up manja selepas itu guna wipes dan sabun muka bila nak solat.
Menurut Azza, dia akan mendirikan solat terlebih dahulu sebelum membuat persembahan dan akan mencuci solekan tebal untuk mengambil wuduk.
Kalau saya ada show atau shooting yang memerlukan make up tebal, saya akan cuci ketika nak solat.
Kalau show selepas maghrib saya akan pastikan saya solat maghrib dulu baru make up.
Netizen sokong

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet daripada kaum Hawa menyokong kenyataan pelantun lagu Tamparan Wanita itu kerana turut mengalami dengan situasi yang sama.
Selain itu, mereka juga mengagumi pendirian Azza yang sentiasa mengutamakan rukun Islam kedua tersebut.





