Pelakon dan usahawan Atikah Suhaimie berkongsi pengalamannya berdepan masalah terkencing tanpa sedar sejak kebelakangan ini, khususnya ketika mengangkat anaknya, Lyla Mulan Teh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Teruja Dapat Kereta ‘Second Hand’ Daripada Suami, Dedah Masih Belum Ada Lesen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Perjelas Buat Dua Jenis Pantang, Jawab Isu Tak Ikat Rambut Cekang Nanti Muka Jadi Kendur
Mungkin disebabkan kopi

Menerusi hantaran di Threads, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, berkata keadaan tersebut membuatkannya tertanya-tanya tentang punca sebenar.
Susulan itu, dia mendapatkan pandangan menerusi ChatGPT yang memaklumkan bahawa pengambilan kopi secara berlebihan berkemungkinan menjadi salah satu faktor penyumbang.
Sejak kebelakangan ini, tiba-tiba terkencing dalam seluar bila angkat baby Mulan.
Bila tanya ChatGPT, katanya sebab mungkin terlalu banyak minum kopi.
Seriuslah. Sebab kopi?
Dalam hantaran yang sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini dia kembali aktif dan sibuk menguruskan urusan kerja di syarikat milik suaminya, Zaitun, serta jenamanya, Angry Koala.
Tambahnya lagi, keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada kopi bagi mengekalkan tenaga dan fokus sepanjang hari.
Sebab kebelkangan ini saya banyak minum kopi semula, sebab dah mula sibuk di Zaitun dan juga jenama saya sendiri, Angry Koala.
Jadi, saya tak boleh buat kerja tanpa minum kopi.
Sumber: Threads Atikah Suhaime
The post ‘Tiba-Tiba Terkencing Dalam Seluar Bila Angkat Baby Mulan’ – Atikah Suhaimie first appeared on OHBULAN!.





