Pelakon, Azhan Rani berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali mahu bergambar dengannya walaupun tidak memiliki telefon sendiri.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Sejak Pemergian Abah
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Sedih Tengok Video Pak Cik Dihalau Di Surau, Teringat Babak Drama Nur
Nak bergambar tapi tiada telefon

Pemilik nama Azhan Abdul Rani itu berkata ketika kejadian, lelaki yang dipanggil pak cik itu menyatakan dia mengenali aktor itu kerana pernah menonton drama lakonannya di televisyen.
Dengan rasa teruja, pak cik itu meminta izin untuk bergambar bersamanya.
Ada seorang pak cik ini, dia tengah minum kemudian dia nampak saya, dia kejar dan mahu salam saya.
Pak cik tu kata dia nampak saya dalam televisyen dan minta izin mahu bergambar.
Saya kata apa salahnya pak cik kemudian saya tanya mana telefon dia sebab nak bergambar. Pak cik tu kata dia tiada telefon dan suruh saya pakai telefon saya.
Saya pun selfie dengan dia dan kemudian dia sambung minum air tadi.
Azhan berkongsi tentang perkara itu di Instagram miliknya pada Khamis.
Kata Azhan, dia tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan gambar pak cik itu lalu memutuskan untuk memuat naik ke Instagram.
Semoga siapa pun pak cik ini akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan kekal dalam rahmat-Nya.
Semoga juga sentiasa dikelilingi kebaikan dunia dan akhirat untuk pak cik ini. Insya-Allah.
Sumber: Instagram
The post Azhan Rani Kongsi Momen Menyentuh Hati Jumpa Seorang Pak Cik – ‘Dia Nak Bergambar, Tapi Tiada Handphone’ first appeared on OHBULAN!.





