Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah meluahkan rasa terkilan apabila namanya masih menjadi sebutan dan tidak henti dari menerima kecaman daripada netizen.
Artikel Berkaitan: Elcah Dah Tak Berhubung Dengan Syada Amzah, Kontroversi Jejas Kesihatan Mental – ‘Ada Masalah Di Kepala Saya’
Artikel Berkaitan: Elcah Gesa Syada Amzah Henti Sebar Fitnah, Tidak Teragak Mahu Saman – ‘Nama Keluarga Aku Calar Sebab Perbuatan Kau’
Syada terkilan
View this post on Instagram
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi Threads, Syada memaklumkan dirinya sudah memilih pendekatan untuk mendiamkan diri namun dirinya masih lagi terpalit dengan isu tersebut.
Saya sudah memilih untuk berdiam diri dan menghormati meskipun saya boleh saja bersuara. Namun, nama saya tetap menjadi sebutan selepas berbulan-bulan seolah-olah saya terlibat.
Awak yang menghubungi saya dan terus terang, saya menyesal kerana menjawab panggilan itu.
Melindungi maruah seseorang sama sekali tidak bermakna selepas mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri.
Difahamkan, ciapan itu dibuat susulan kontroversi dirinya yang dikatakan terpalit dengan kemelut rumah tangga pempengaruh, Elcah dan suami, Afi Hamri.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi era 80-an, ND Lala memaklumkan dia tidak lagi mahu terlibat mahupun menjadi orang tengah kepada sesiapapun kerana terlalu trauma dengan apa yang berlaku.
Saya tak nak terlibat lagi, saya trauma.
Sudah beberapa kali hati saya hancur pada tahun ini namun, semuanya hadir dengan pengajaran. Jadi, terima kasih.
Posting Syada Amzah

Terdahulu, Syada didakwa menjadi orang ketiga punca keretakan rumah tangga Elcah dan suami, Afi.
Malah, penyanyi itu didakwa pernah mengajak Elcah pergi ke kelab malam untuk menghilangkan bosan.
Begitu pun, segala dakwaan itu ditepis Elcah dan menafikan Syada menjadi punca konflik rumah tangganya bergolak.
Sehinggalah pada Ogos lalu, Elcah menyorot perhatian apabila memberi amaran terakhir kepada Syada selepas mendakwa penyanyi itu menghubungi rakan-rakan lain untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarganya.
Dakwa Elcah, tindakan Syada seolah-olah menambah luka dalam pergolakan rumah tangganya.
Sumber: Threads
The post ‘Awak Yang Hubungi Saya, Menyesal Kerana Menjawab Panggilan Itu’ – Syada Amzah first appeared on OHBULAN!.





