
Cuaca sekarang memang tak boleh dijangka, sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Bila hujan pula datang tak henti-henti, baju yang dah berhari-hari jemur kat luar pun tak kering-kering. Bau hapak jangan cakap la.
Lagi haru kalau ada anak kecil yang asyik tukar baju atau korang jenis aktif bersukan, confirm hari-hari ada stok baju peluh menunggu giliran untuk dibasuh.
Kalau korang tengah pening kepala pasal masalah ni, kami ada berita baik. Sekarang ni ada penyelesaian yang bukan je mudahkan hidup, tapi juga jimat masa dan tenaga.
Jom kita cerita sikit pasal inovasi baru dari Coway Malaysia yang ramai tak tahu lagi iaitu Mesin Basuh dan Pengering Coway yang totally weather-proof.
Dah tiba masa untuk upgrade, jemur baju tu biar jadi kenangan
Sumber gambar: Coway
Bayangkan baju korang boleh terus kering tanpa perlu risau pasal hujan, ruang sempit atau bau hapak. Dengan lima mod pengeringan yang fleksibel, Mesin Basuh dan Pengering Coway membolehkan korang sesuaikan cara pengeringan mengikut jenis fabrik dan keperluan harian.
Untuk hasil paling kering, mod Cupboard Dry sangat sesuai dimana baju keluar dari mesin terus boleh lipat dan simpan dalam almari, tanpa perlu jemur lagi.
Kalau korang nak gosok baju lepas tu, boleh guna Iron Dry yang tinggalkan sedikit kelembapan untuk mudahkan proses menggosok, jadi tak payah bergelut dengan baju keras dan renyuk.
Bagi pakaian tebal seperti jeans, tuala atau sweater, mod Extra Dry akan pastikan semuanya betul-betul kering sampai ke dalam. Fabrik sensitif pula lebih sesuai dengan Low Temp Dry, yang menggunakan suhu rendah dan lembut, ideal untuk pakaian bayi, baju dalam atau kain jenis halus.
Kalau nak lebih kawalan, korang boleh guna Time Dry, di mana masa pengeringan boleh ditetapkan sendiri ikut keperluan. Pendek kata, apa jua jenis baju, semua boleh disesuaikan dengan satu mesin je.
Kalau korang jenis kerja luar atau ada anak kecil, teknologi penanggalan kesan kotoran dan Sterilisation dalam mesin ni memang lifesaver. Baju penuh peluh atau kotoran degil? No problem. Pakaian bayi pun confirm bersih dan selamat, siap disteril!
Rutin harian lebih senang dan jimat
Sumber gambar: Coway
Nak pasang mesin basuh dan dryer asing memang makan ruang. Tapi Coway bijak dengan hasilkan Mesin Basuh dan Pengering Coway, ideal untuk rumah high-rise, studio apartment atau mana-mana tempat yang ada kekangan ruang.
Dengan kapasiti cucian 10kg dan pengeringan 6kg, korang boleh basuh dan keringkan lebih banyak pakaian dalam satu kitaran tanpa perlu alih ke mesin lain.
Lebih menarik, ia dilengkapi dengan Motor Inverter DD yang bukan je tahan lama, tapi juga jimat elektrik. Confirm bil tak naik mendadak walaupun guna setiap hari.
Nikmati pelan bayaran bulanan yang berpatutan serta pelan perkhidmatan penjagaan PERCUMA*
Sumber gambar: Coway
Ramai fikir mesin macam ni mahal dan kena beli cash terus. Tapi Coway ada solusi lagi smart, korang boleh guna dulu dengan pelan sewa milik yang fleksibel serendah RM94/sebulan.
Korang boleh miliki Mesin Basuh dan Pengering Coway ini dengan pelan pembayaran mudah serendah RM94 sebulan* (tertakluk pada terma dan syarat), tak perlu bayar sekaligus ribu-ribu.
Tak kira korang pilih sewa atau beli, ia tampil dengan tawaran 10 tahun warranty untuk Motor Inverter DD yang power tu.
Dengan langganan serendah RM99 sebulan*, korang bukan saja dapat Mesin Basuh dan Pengering Coway, tapi juga nikmati perkidmatan penjaggan percuma setiap 6 bulan*. Heart Service ni merangkumi pemeriksaan lengkap, penyelenggaraan dan pembersihan oleh Coway Service Technician —pastikan mesin sentiasa dalam keadaan tip top tanpa sebarang kerisauan!
Jadi, tunggu apa lagi? Kalau korang tengah plan beli mesin basuh atau dryer baru, atau baru pindah rumah dan nak upgrade hidup, ini masa terbaik untuk pertimbangkan Mesin Basuh dan Pengering Coway.





