33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imranul Effendy Seru Rakyat Hayati Erti Kemerdekaan – ‘Merdeka Bukan Sekadar Cuti Umum’

    Shopee Sale

    Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar menjadi ruang untuk menikmati cuti umum sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai peluang menghayati pengorbanan dan sejarah di sebalik kemerdekaan Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Populariti Sebagai Pempengaruh Bukan Tiket Automatik Jadi Pelakon, Imranul Effendy Terus Asah Bakat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imranul Effendy Doakan Norreen Iman – ‘Saya Tak Berhak Kupas, Itu Soal Peribadi & Sensitif’

    Kemerdekaan bukan hanya sekadar cuti

    Ketika ditemui , Imranul Effendy, 27, menyifatkan kemerdekaan sebagai bukti rakyat Malaysia kini bebas daripada belenggu penjajahan dan mampu menikmati kehidupan yang lebih baik seperti hari ini.

    Menurut Imranul, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran mengenai sejarah serta kepentingan kemerdekaan kepada masyarakat.

    Kemerdekaan membuktikan kita bebas daripada penjajah, dikongkong. Kita patut sambut dan raikan setiap tahun, bukan sekadar cuti.

    Saya rasa setiap individu bertanggungjawab untuk menyebarkan tentang kemerdekaan Malaysia sebab kita tidak akan maju seperti hari ini jika belum merdeka.

    Imranul berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.

    MENARIK:  Shila Amzah Menerangkan Sebab Tidak Melayan Golongan Terpaling Itu dan Tidak Boleh Berpuasa

    Berkongsi pandangan mengenai penggunaan media sosial, Imranul berkata, platform digital mempunyai dua sisi yang boleh menyatukan masyarakat namun pada masa sama berpotensi disalahgunakan.

    Menurutnya, perkara itu bergantung kepada cara setiap individu menggunakan platform media sosial masing-masing.

    Media sosial boleh jadi penyatuan rakyat dan sebaliknya. Bergantung pada individu itu sendiri macam mana dia menggunakan platform media sosial.

    Sekarang ramai orang salah guna teknologi digital.

    The post Imranul Effendy Seru Rakyat Hayati Erti Kemerdekaan – ‘Merdeka Bukan Sekadar Cuti Umum’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah