33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saravanan nafi minta Anwar tutup kes: Saya minta siasatan telus

    Shopee Sale

    Bekas menteri sumber manusia M Saravanan menegaskan dia tidak pernah meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menutup dakwaan rasuah terhadapnya, sebaliknya hanya mahu perkara itu disiasat secara telus.

    “Saya tak meminta untuk bantu saya menyelesaikan (perkara ini), tetapi membantu untuk (memastikan) siasatan telus.

    "Saya sudah katakan dari awal, ini tuduhan liar,” katanya, merujuk surat yang dihantarnya kepada Anwar dan kemudian tular.

    Saravanan berkata dia sudah berbincang dengan Anwar mengenai isu itu sejak enam bulan lalu dan sedari awal menyuarakan kebimbangan bahawa dakwaan terhadapnya “liar”.

    Menurutnya, dia menulis kepada Anwar kerana perdana menteri itu merupakan “bosnya”. Dia turut menegaskan dirinya sebahagian daripada kerajaan Madani dan menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.

    MENARIK:  "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2024

    Saravanan juga berkata dia tidak mengenali individu yang dinamakan dalam dakwaan berkenaan, selain merujuk kewujudan kertas kabinet berkaitan perkara itu.

    Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, timbalan presiden MIC itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta yang didakwa sebagai dorongan dan upah untuk meluluskan kuota pekerja asing bagi sebuah syarikat pada 2022.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah