30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ismail Izzani Terbang Ke Thailand Demi Cinta – ‘Terima Kasih Tunjukkan Kepada Saya Bagaimana Rasanya Dicintai & Dihormati’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ismail Izzani mendedahkan telah melakukan keputusan yang luar biasa apabila sanggup terbang ke Thailand demi meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita yang telah menawan hatinya.

    Artikel Berkaitan: Ismail Izzani Buka Akaun Threads Atas Galakan Kawan – ‘Kalau Komen Itu Toksik, Saya Tak Layan’

    Artikel Berkaitan: Ismail Izzani Dedah Ambil Masa Berbulan, Pujuk Suliza Salam Berduet Lagu ‘Janji Mama’

    Terbang ke Thailand

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Ismail Izzani Zainal Nazeri, 26, berkata pada awalnya dia berasa agak takut dengan keputusan yang dianggap agak ‘gila’ itu kerana bimbang cintanya tidak diterima.

    Bagaimanapun, usaha membuahkan hasil apabila wanita yang dikenali Yuvi menerima cintanya.

    Ia merupakan satu keputusan yang agak luar biasa bagi saya untuk terbang jauh dari KL ke Thailand semata-mata mahu membuat kejutan untuk awak dan meluahkan perasaan saya tentang hubungan kita.

    Bagaimana jika ketika itu kita sebenarnya tidak mempunyai perasaan atau pandangan yang sama?

    Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya percutian di Thailand sangat seronok.

    Awak juga banyak menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada kehidupan awak.

    Kata Ismail, dia sentiasa bangga dengan Yuvi yang banyak membuka matanya tentang pelbagai perkara dalam kehidupan.

    MENARIK:  Ibu Syed Saddiq Sedekah 100 Kotak Lempeng & Nasi Lemak Di Hospital – ‘Sangat Pemurah & Baik Hati’

    Jelas Ismail, Yuvi telah banyak mengajarnya tentang kehidupan serta membawanya mengenali sisi baharu dalam kehidupan.

    Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya dicintai dan dihormati.

    Awak juga membuatkan sisi terbaik dalam diri saya muncul, selain membantu saya untuk terus melangkah ke hadapan dan tidak lagi hidup dalam bayang-bayang masa lalu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ismail Izzani Terbang Ke Thailand Demi Cinta – ‘Terima Kasih Tunjukkan Kepada Saya Bagaimana Rasanya Dicintai & Dihormati’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah