31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Beri Teguran Jangan Bergembira Lihat Pasangan Bercerai – ‘Nasib Kita Pun Tak Tahu Lagi’

    Shopee Sale



    Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberi teguran kepada umum untuk tidak meraikan dan bergembira di atas perceraian rumah tangga orang lain.

    Artikel berkaitan: Nora Ariffin Kembali Bekerja, Letak Kapsyen ‘Hidup Perlu Diteruskan’

    Artikel berkaitan: ‘Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab’ – Nora Ariffin

    Tegur jangan terlalu seronok

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora berkata, tiada siapa yang mengetahui perkara sebenar yang berlaku melainkan pasangan itu sendiri.

    Malah, dia memberitahu nasib seseorang juga masih tidak dapat dipastikan kerana segala sesuatu adalah ketentuan Allah SWT.

    Jangan kita terlalu seronok bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar.

    Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari.

    Sekadar info, Nora telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dengan talak satu pada 12 Ogos lalu menerusi sebuah rakaman video.

    MENARIK:  Ayah Danial Chuer Meninggal Dunia – ‘Saya Kehilangan Adiwira, Dia Adalah Sebab Saya Jatuh Cinta Dengan Muzik’

    Terdahulu, beberapa selebriti antaranya Nora Danish, Harith Iskander, Adira Suhaimi, Bella Astillah telah membuat keputusan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing.

    Baru-baru ini juga hangat diperkatakan berita tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah