26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyalliee Nafi Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah – ‘Tunjukkan Diri Kamu Wahai Pemfitnah’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan Asyalliee Ahmad tampil bersuara selepas dirinya didakwa seorang kaki buli ketika di bangku sekolah dahulu.

    Didakwa kaki buli

    Menerusi sebuah hantaran di Threads, seorang individu yang tidak dikenali meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila Asyalliee telah dijemput ke sebuah universiti untuk berkongsi tentang pengalaman sebagai usahawan.

    Individu tersebut juga mendakwa Asyalliee adalah seorang kaki buli di sekolah.

    Tidak berdiam diri, pemilik nama Siti Syasya Rosaelmi tampil mempertahankan dirinya dengan berkata dakwaan tersebut adalah fitnah.

    Saya kaki buli? Macam terbalik je, saya yang banyak kena buli dekat sekolah.

    Cumanya saya jenis pertahankan diri, tak biar diri dibuli.

    Tapi kenapa awak block saya? Dah update fitnah tapi block saya pula, siap hina saya lagi. Tunjukkan diri kamu wahai pemfitnah.

    Menurut Asyalliee, identiti individu berkenaan tidak dapat dikenalpasti berikutan dia berselindung di sebalik akaun palsu.

    Macam sesuatu sangat kan? Sanggup buat akaun baru yang tak link dengan akaun Instagram semata-mata nak buat kenyataan fitnah.

    Penjelasan Asyalliee

     

    View on Threads

     

    Dalam sebuah hantaran lain, usahawan berusia 27 tahun menjelaskan dia dijemput untuk hadir ke universiti terbabit bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar.

    Saya dipanggil untuk berkongsi tentang perjalanan selama saya buat bisnes, saya adalah seorang usahawan.

    Bisnes jatuh bangun itu perkara biasa, itulah adat berniaga.

    Saya setiap hari cuba jadi diri saya yang lebih baik dari sebelum ini. Saya hanya kongsikan perkara yang baik supaya yang datang pun baik-baik juga.

    Dalam masa yang sama, Ibu kepada tiga orang anak itu turut memohon maaf andai kehadirannya mencetuskan rasa kurang senang.

    Saya minta maaf jika ada segelintir yang tidak senang dengan kehadiran saya di UiTM Machang.

    Saya cuma nak berikan manfaat yang baik untuk masyarakat dan generasi yang akan datang.

    MENARIK:  Bekas Kekasih Sebelum Jadi Pelakon Dakwa Amir Ahnaf Pernah Curang? – ‘Awak Ingat Awak Ada Rupa, Orang Boleh Tertarik?’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah