28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asma Harun Tegur MV ‘Quetion’ Dolla, Berpendapat Seni Lagu Tak Semestinya Perlu Seksi & Pamer Aksi Ghairah

    Shopee Sale

    Pendakwa selebriti, Ustazah Asma Harun menegur video muzik terbaharu kumpulan Dolla berjudul ‘Question’ yang disifatkan sebagai kurang sopan dan tidak mencerminkan martabat seni hiburan negara.

    Artikel berkaitan: Bapa Mentua Selebriti, 12 Pekerja Solat Jumaat Berjemaah Dikenakan Kompaun

    Artikel berkaitan: Dituduh ‘Penunggang Agama’ Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar

    ‘Tolonglah berubah’

    Menerusi hantaran di Instagram, Asma berharap setiap kali Dolla tampil dengan lagu baharu, persembahan mereka akan lebih beradab. Namun, apa yang disaksikan kali ini disifatkannya semakin melampau.

    Dolla, inikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita? Dolla, tolonglah berubah. Bila ada lagu baru dari kumpulan ini, saya cuba fikir, ‘mungkin kali ini lebih sopan, mungkin kali ini lebih bermaruah.’

    Jujurnya saya tak pernah ikuti atau tengok, tapi ada sahaja sesiapa berikan link untuk diusahakan sesuatu. Makin lama makin parah, makin terbuka sana sini, makin ghairah, makin memalukan.

    Apa yang dipertontonkan bukan lagi satu seni hiburan, la sudah sampai satu tahap pertunjukan dalam laman gelap atau club tapi secara terangan atas nama seni.

    Tambah Asma, dia juga meluahkan rasa terkilan dengan salah seorang anggota kumpulan itu yang beragama Islam, namun tidak mencerminkan identiti sebagai Muslim.

    Pakaian ketat melekat, singkat terbuka melampau, gerakan mengiurkan semuanya dipakejkan sebagai satu seni lagu.

    Paling menyedihkan, salah seorang anggotanya adalah wanita Islam dan walau yang bukan islam sekalipun, anda tetap bawa imej Negara Malaysia yang berpegang pada Rukun Negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.

    Seni apa yang dibina di atas aksi memalukan begini? Kemajuan apa yang dibina di atas dosa? Kemodenan apa yang dibina di atas runtuhnya rasa malu?

    Bagi saya videonya amat tidak bermoral, memalukan wanita Islam, memalukan negara yang namanya Malaysia, negara Islam. Lebih perit, ada orang yang mempertahankan dengan pujian dan rasa bangga.

    Bukan kempen kebencian

    Asma bagaimanapun berkata, luahannya itu bukan satu bentuk kebencian, sebaliknya teguran secara terbuka dengan harapan menjadi iktibar kepada pihak lain.

    Ini bukan kempen benci. Ini kempen sedarkan diri. Kalau budaya salah berhenti disokong, budaya itu akan mati. Kalau budaya itu berubah, masyarakat pun berubah.

    Semoga Allah SWT menjaga Malaysia daripada hilangnya rasa malu dan kembalikan kita kepada hiburan yang lebih sopan, terdidik, berkat dan diredhai.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025

    The post Asma Harun Tegur MV ‘Quetion’ Dolla, Berpendapat Seni Lagu Tak Semestinya Perlu Seksi & Pamer Aksi Ghairah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah