Selepas beberapa hari menimang cahaya mata perempuan, pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee membuat keputusan untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya kepada umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan – ‘Alhamdulillah, Kami Dah Jadi Mama & Papa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Umum Isteri Hamil Lima Bulan, Dapat Tahu Ketika Bercuti Di Dubai – ‘Baby Skydiving La Ni’
Dedah muka dan nama anak

Menerusi perkongsian di Threads, Aqil memuat naik gambar anaknya yang diambil tiga hari selepas isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan melahirkan.
Perkenalkan anak perempuan sulung saya, Ayana Aqilah.
Namanya membawa maksud cahaya indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah.
Nanti dah besar Ayana boleh lah tengok gambar dia masa kecil. Masa ini umur dia baru tiga hari.
Dalam hantaran yang sama, Aqil mengakui tidak mudah untuk menjaga bayi yang baru lahir terutamanya mereka yang baru saja bergelar bapa.
Kami nak keluar hospital baru ada masa nak ambil gambar, buat video sama-sama.
Penat jaga bayi yang baru lahir. Hargailah orang tua kita yang jaga kita semasa kecil.
Jumaat lalu, Aqil berkongsi berita gembira memaklumkan dia dan isterinya selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 2.4 kilogram.
Sumber: Threads
The post Aqil Zulkiflee Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Ayana Aqilah, Anak Perempuan Sulung Saya’ first appeared on OHBULAN!.





