30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pihak Produksi Lesap, Wafariena Dedah Masih Belum Terima Baki Bayaran Lakonan – ‘Tak Halal & Belum Memaafkan Mereka’

    Shopee Sale

    Pelakon, Wafariena Roslan terkilan apabila sebuah syarikat produksi drama supertele yang dibintanginya sebelum ini didakwa bersikap lepas tangan berhubung baki bayaran lakonan sejak empat tahun yang lalu.

    Artikel Berkaitan: Ditegur Nampak Berbeza, Wafariena Nafi Buat Pembedahan Besarkan Pinggul – ‘Saya Buat Squat’

    Artikel Berkaitan: Wafariena Pesan Jangan Menyakat Masa Pegang Objek Tajam

    Tak reda

    Ketika ditemui , Wafariena berkata akibat kecederaan yang dialami ketika penggambaran itu dia juga terpaksa menanggung sendiri kos rawatan hospital.

    Kata Wafariena, segala usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil apabila syarikat itu didakwa sudah tidak beroperasi.

    Katanya, peguamnya juga telah mengeluarkan tiga surat tuntutan kepada syarikat itu namun perkara itu menjadi lebih rumit apabila pengarah dan penerbit drama tersebut juga gagal dikesan.

    Dah hampir setahun mereka mendiamkan diri. Saya tidak mahu marah-marah kerana tiada gunanya, tetapi saya tidak halalkan duit saya.

    Mereka masih berhutang upah lakonan yang mencecah puluhan ribu ringgit.

    Bil hospital saya hanya dibayar separuh sahaja manakala bakinya lebih RM8,000 terpaksa saya bayar sendiri.

    Wafariena berkata demikian pada majlis pelancaran dan sidang media filem The Real Mamu, semalam.

    MENARIK:  Cik Pia Tidak Membayar Hutang dan Menahan Telefon Bimbit Syarikat

    Dalam pada itu, Wafariena memaklumkan drama berkenaan masih belum boleh ditayangkan kepada umum memandangkan proses penggambaran tidak disiapkan sepenuhnya. 

    Saya tak reda, tak halal dan belum maafkan mereka. 

    Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab ini, saya bukan sahaja penat mental malah terpaksa menanggung kesakitan fizikal.

    Terdahulu, Wafariena dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika melakukan babak aksi dalam penggambaran sebuah drama sehingga memerlukan rawatan rapi di hospital.

    Namun malangnya, kebajikan pelakon itu diabaikan oleh pihak produksi selepas insiden tersebut.

    The post Pihak Produksi Lesap, Wafariena Dedah Masih Belum Terima Baki Bayaran Lakonan – ‘Tak Halal & Belum Memaafkan Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah