25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Segan Nak Minta Hutang, Lima Tahun Tunggu Kawan Bayar Balik – ‘Dah Meninggal Kot, Sebab Senyap Je’

    Shopee Sale



    Anzalna Nasir

    Berdepan situasi sama dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak, aktres Anzalna Nasir mendedahkan dia juga mempunyai beberapa rakan yang menghilangkan diri selepas meminjam wang daripadanya.

    5 tahun hilang

    Anzalna Nasir

    Anzalna atau nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, dia segan untuk meminta semula wang miliknya kerana menganggap pihak yang meminjam akan sukarela memulangkan semula. Namun, hampir lima tahun berlalu, tiada sebarang khabar diterima.

    Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta. Ingatkan mereka boleh fikir sendiri, tapi masing-masing senyap juga.

    Dah lima tahun dah senyap, mungkin dah meninggal kot (seloroh), sebab itu senyap je.

    Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instgaram Story beserta sebuah berita mengenai Zizan yang mendedahkan berdepan kerugian hampir jutaan ringgit disebabkan ada pihak tidak memulangkan wangnya.

    MENARIK:  Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’

    Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi modus operandi yang dilakukan oleh si pemiutang untuk meminjam wang daripadanya.

    20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.

    Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah