31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Amir Raja Lawak Masih Stabil Walaupun Masuk ICU, Gambar Tersebar Kononnya Ditidurkan Tidak Tepat’ – Lando Zawawi

    Shopee Sale

    Pelakon Lando Zawawi menafikan dakwaan yang tular menerusi penyebaran gambar kononnya rakannya, pelawak Amir Raja Lawak, telah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Ucap Tahniah Kepada Eman Manan Atas Gelaran Datuk – ‘Ini Baru Betul Selayaknya Dapat’

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tak Segan Jual Besi Buruk, Tegur Individu Malu Usaha & Harap Sumbangan – ‘Saya Pun Berniaga Tepi Jalan’

    Nafi ditidurkan

    View on Threads

    Menurut pemilik nama Azlan Sani Zawawi, 51, pihak keluarga Amir mengesahkan pelawak itu masih berada dalam keadaan stabil dan belum melalui prosedur ditidurkan seperti yang tular di media sosial.

    Perkembangan terkini Amir, keluarganya mengatakan dia masih stabil walaupun masuk ICU.

    Gambar yang tersebar kononnya Amir telah ditidurkan adalah tidak tepat.

    Sebenarnya itu adalah gambar dia tengah tidur dan belum melalui proses ditidurkan.

    Dalam pada itu, Lando turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan ramai.

    Kalian jangan kongsi info bukan-bukan sampai saya pun terpedaya. Ingatlah bahawa kata-kata kita ni doa.

    Oleh itu mari kita sama sama meneruskan doa agar dia kekal stabil dan tidak perlu lalu proses tu.

    Terdahulu, Lando merayu orang ramai agar menitipkan doa buat Amir yang kini dilaporkan berdepan masalah kesihatan serius.

    MENARIK:  [VIDEO] Keith Foo Bengang, Nafi Pernah Bercinta Dengan Tiz Zaqyah – ‘Netizen Lebih Tahu Daripada Aku’

    Menerusi perkongsian di Threads, Lando memaklumkan Amir mengalami jangkitan paru-paru selain mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

    Sumber: Threads

    The post ‘Amir Raja Lawak Masih Stabil Walaupun Masuk ICU, Gambar Tersebar Kononnya Ditidurkan Tidak Tepat’ – Lando Zawawi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah