Penyanyi Jaclyn Victor, yakin dengan kemampuan Aina Abdul untuk memberikan persembahan terbaik sekali gus mencipta kejayaan dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.
Artikel berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’
Bakat & karisma Aina

Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini berkata, Aina memiliki keistimewaan tersendiri sebagai seorang penghibur.
Menurut Jaclyn, persaingan di peringkat antarabangsa pastinya bukan sesuatu yang mudah memandangkan Aina bakal berentap dengan peserta dari pelbagai negara.
Namun, Jaclyn melihat penyertaan Aina itu adalah satu peluang yang besar untuk dia mengetengahkan bakat di pentas yang lebih luas.
Aina, kamu pasti boleh lakukannya. Saya rasa saya tidak pernah melihat dia berasa gementar.
Namun, apabila kita melangkah keluar dari Malaysia dan bersaing dengan begitu banyak negara lain, kita juga tahu Eurovision merupakan satu platform dan pertandingan yang sangat besar. Jadi apabila pertandingan ini dibawa ke Asia, saya sangat teruja untuknya kerana Aina sangat istimewa pada pandangan saya.
Dalam pada itu, Jaclyn mengakui dia mengagumi bakat Aina yang bukan sahaja mempunyai vokal mantap, malah memiliki persona tersendiri dengan idea pemilihan busana dan persembahan di luar kotak.
Tambah Jaclyn, keupayaan Aina menghasilkan karya sendiri termasuk menulis lirik dan menggubah lagu menjadikan penyanyi berkenaan seorang artis yang serba lengkap.
Saya sukakan suaranya, saya sukakan karismanya di atas pentas, serta pemakaiannya yang avant-gardedan sentiasa tampil dengan gaya tersendiri.
Apa yang paling saya kagumi tentang Aina adalah dia mencipta muziknya, menulis lirik dan menggubah lagu sendiri. Pada pandangan saya, dia seorang artis yang serba lengkap.
Jika dilihat maklum balas di media sosial mengenai Aina, komen-komen sangat banyak.
Jadi Aina, ketahuilah bahawa kami semua berdiri di belakang awak dan kami amat berbangga dengan semua pencapaian awak. Bertenang, tarik nafas dan berikan persembahan yang terbaik.
Jaclyn berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert Sooka & konsert Vaganza Astro yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, meskipun tidak mengetahui secara terperinci mengenai kriteria pemarkahan yang digunakan, pelantun lagu Gemilang tersebut bagaimanapun percaya Aina mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk bergelar juara.
Sejujurnya, saya tidak berapa tahu bagaimana mereka akan membuat penilaian.
Tetapi jika dinilai daripada apa yang saya perhatikan, Aina adalah antara peserta yang dikenali di sana. Jadi ya, saya rasa peluang untuk dia menang adalah sangat tinggi.
Untuk info, Aina bakal mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul Bluest Sky yang ditulis dalam bahasa Inggeris di pertandingan tersebut.
Selain Malaysia, pertandingan yang bakal berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut menghimpunkan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.
The post [VIDEO] Jaclyn Victor Yakin Karisma Aina Abdul Bakal Gegarkan Pentas Eurovision – ‘Dia Penyanyi Yang Serba Lengkap’ first appeared on OHBULAN!.





