31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dinie Rashid Alami Kemurungan Selepas Kehilangan Dua Sahabat Baik – ‘Saya Tak Keluar Bilik’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Dinie Rashid mendedahkan dirinya pernah berdepan kemurungan selepas kehilangan dua sahabat rapat yang banyak memberikan sokongan sepanjang perjalanan hidupnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Amir Raja Lawak Masih Stabil Walaupun Masuk ICU, Gambar Tersebar Kononnya Ditidurkan Tidak Tepat’ – Lando Zawawi

    Artikel Berkaitan: Syafiqa Melvin Bidas Individu Label Adik-Beradik ‘Gold Digger’ & Tak Berpelajaran Tinggi – ‘Nak Pertikaikan Kerja Allah?’

    Sangat down

    Ketika ditemui , Dinie atau nama sebenarnya Muhammad Dinie Abdul Rashid berkongsi pengalaman menyaksikan sendiri detik rakan serumahnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.

    Menurutnya, kesedihan itu semakin memuncak apabila seorang lagi sahabat baik yang dikenalinya sejak kecil meninggal dunia setahun kemudian.

    Pada 2022, rakan serumah saya yang juga kawan baik dan banyak menyokong saya meninggal dunia. Setahun kemudian, seorang lagi sahabat baik yang membesar bersama saya sejak kecil turut meninggal dunia.

    Penglihatan saya hanya sekitar 20 hingga 30 peratus, jadi saya perlukan bantuan orang lain untuk melakukan perkara tertentu. Mereka banyak membantu saya dan kehilangan kedua-duanya membuatkan saya sangat ‘down’.

    Dinie berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam sidang media filem Takdir Terakhir di World Trade Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Tanpamu itu menjelaskan kemurungan yang dialaminya tidak terlalu serius selepas mendapatkan bantuan daripada pakar.

    Tambahnya, kehilangan dua insan tersayang itu menyebabkan Dinie mengasingkan diri dan lebih banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik.

    Alhamdulillah, tidak diagnosis saya dengan perkara yang terlalu berat. Dia cuma cakap saya mengalami kemurungan.

    Sebelum itu, saya berjumpa dengan ahli terapi. Saya mendapatkan bantuan daripada pihak yang bertauliah.

    Saya suka duduk dalam bilik seorang diri. Apabila berada di rumah, saya seorang sahaja, tiada sesiapa termasuk rakan serumah. Saya duduk seorang diri dalam bilik dan tidak keluar. Keadaan itu berlarutan selama satu hingga dua tahun.

    Tapi alhamdulillah, saya ada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong saya untuk bangkit sedikit demi sedikit.

    Takut naik pentas

    Mengulas lanjut, Dinie mengakui pernah takut untuk kembali membuat persembahan di pentas selepas melalui fasa kemurungan.

    MENARIK:  ‘Aisy Al Raees Meninggal Dunia Dalam Tidur’ – Rozita Che Wan

    Bagaimanapun, ahli terapi menasihatinya supaya kembali melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini bagi mengurangkan kesedihan yang dialaminya.

    Dia kata saya kena buat balik benda yang selalu saya buat. Sejujurnya, saya dah biasa berada di atas pentas, tapi bila melalui keadaan macam itu, saya jadi takut nak naik pentas.

    Dia cuma cakap saya terlalu sedih dan perlu buat perkara yang boleh menghilangkan kesedihan. Jadi, saya mula bersenam dan kembali menyanyi selepas sekian lama berhenti.

    Dalam perkembangan lain, Dinie menjelaskan dia menyepi selama lima tahun kerana menyambung pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

    Selepas 2021, saya sambung belajar di UiTM Shah Alam. Tapi dalam perjalanan pengajian itu ada sedikit kelewatan sehingga saya tertinggal daripada industri.

    Bila fikir tentang industri, saya rasa sedikit sedih dan down. Saya jadi teragak-agak untuk kembali. Ini merupakan lagu pertama saya untuk kembali dalam industri selepas lima tahun.

    Sekadar info, Dinie Rashid merupakan penyanyi lagu ‘Jangan Mati Di Sini’ yang dipilih sebagai runut bunyi (OST) filem Takdir Terakhir.

    Filem ini dibintangi barisan pelakon popular seperti Aniq Durar, Shiqin Kamal, Amerul Affendi dan Fauziah Latiff serta bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 3 Disember 2026.

    The post Dinie Rashid Alami Kemurungan Selepas Kehilangan Dua Sahabat Baik – ‘Saya Tak Keluar Bilik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah