31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’

    Shopee Sale

    Usahawan, Datin Seri Nur Shahida sanggup membelanjakan wang sehingga mencecah jutaan ringgit untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan ALF 1 sebagai hadiah buat suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’ Makan Nasi Campur Di Warung – ‘Dah 40 Tahun, Ini Kali Pertama Jumpa Artis’

    ‘Pelaburan bernilai’ – Shahida

    Menurut Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, nombor pendaftaran satu digit itu sememangnya mempunyai harga yang tinggi, namun berpotensi menjadi pelaburan bernilai pada masa hadapan.

    Katanya, keputusan membeli nombor tersebut dibuat selepas bosan mendengar suaminya berulang kali menyuarakan hasrat untuk memilikinya.

    Nombor plat itu dia (Aliff) sudah lama inginkan, tetapi sekejap nak beli, sekejap tidak.

    Namun, apabila berulang kali mengulang perkara sama, akhirnya saya buat keputusan biarlah saya sahaja yang beli.

    Berkongsi mengenai pemilihan nombor pendaftaran ALF 1, Shahida berkata ia dipilih sebagai simbolik kepada nama suaminya, Aliff.

    MENARIK:  [VIDEO] Farah Lee Tangguh Pembedahan Cyst, Tumpu Misi Kemanusiaan – ‘Saya Tunggu Lepas Raya’

    Tambahnya, nombor pendaftaran tersebut bukan sahaja mempunyai nilai sentimental, malah berpotensi meningkat nilai pasarannya dan boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

    ALF 1 itu sebab Aliff. Sebelum ini kami sudah ada nombor ADH 1 dan PMD 1.

    Harganya memang mencecah enam angka kerana nombor plat satu digit seperti nombor 1 ini memang mahal.

    Bagaimanapun, nilai pasarannya boleh meningkat dan nombor ini juga boleh digunakan sehingga ke anak cucu.

    Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan rasa terharu dengan pemberian isterinya itu dan berjanji akan melakukan apa sahaja.

    Saya berjanji akan lakukan apa saja untuk awak. Walaupun harga kereta itu tidak mahal tetapi awak mahal di hati saya.

    Sekarang ini nombor plat 1 dah ada 3, kalau awak (Shahida) bagi, saya nak beli satu lagi.

    The post [VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah