31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nurel Baharin Jelaskan Adegan Cium Pipi Arfie Shah Hanya ‘Trick’ Kamera – ‘Sekarang Dah Kahwin, Kena Jaga Batas’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nurel Baharin mengakui berasa kurang selesa ketika menjayakan adegan mencium pipi aktor, Arfie Shah dalam filem Kacau.

    Artikel Berkaitan: Nurel Baharin Kahwin Minggu Hadapan – ‘Kesungguhan Yang Ditunjukkan Buat Saya Yakin Dengan Dia’

    Artikel Berkaitan: Selesai Majlis Merisik, Nurel Baharin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 24 Tahun

    Adegan cium pipi

    Nurel, 24, bagaimanapun menjelaskan babak tersebut dilakukan menggunakan teknik kamera dan hanya memerlukan ‘one take’ sahaja.

    Sudah pasti saya tidak selesa, tetapi sebelum menjayakan babak tersebut semua pelakon sudah membaca skrip dan saya bertanya dengan pengarah, betul ke akan lakukan adegan berkenaan.

    Pengarah memang minta adegan tersebut dilakukan. Jadi saya buat, namun menggunakan ‘trick’ kamera. Adegan cium pipi dan baring atas badan Arfie hanya dilakukan dengan ‘one take’ sahaja.

    Semasa kelas lakonan, saya sudah berlatih banyak kali untuk menjayakan adegan berkenaan. Cuma ketika kelas, hanya saya seorang, membayangkan ada orang di hadapan saya.

    Nurel berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau yang berlangsung di TGV KLCC pada Selasa lalu.

    Bagaimanapun, Nurel menegaskan bahawa dia tidak akan menerima tawaran untuk menjayakan adegan serupa selepas ini memandangkan statusnya yang kini sudah bergelar isteri.

    Nak kata saya seorang yang berani, tidak juga. Apa yang salah tetap salah. Selepas sahaja selesai adegan tersebut, Arfie kemudian bergegas ke set penggambaran lain, kami macam terus abaikan. Cuba lupakan.

    Ketika penggambaran filem itu, saya masih single. Sekarang saya sudah kahwin, berstatus isteri orang, jika ada adegan sedemikian lagi, saya tidak akan lakukan. Perlu menjaga batas.

    Dalam pada itu, Nurel turut bersetuju bahawa setiap pelakon perlu mempunyai pendirian dan prinsip tersendiri, meskipun ditawarkan bayaran lumayan untuk menjayakan sesebuah watak.

    Saya rasa perkara itu sangat perlu, tidak kira pelakon lelaki mahupun wanita. Itu maruah, perlu dijaga terutama yang wanita.

    Di Malaysia, perkara-perkara yang boleh mengundang salah faham atau menyentuh sensitif masyarakat perlu dielakkan. Apatah lagi seorang muslim.

    Selain Nurel dan Arfie, filem yang diinspirasikan daripada novel tulisan Ariff Adly itu turut dibintangi Idan Aedan, Kerisyah Kemal, Fimie Don dan Sadiq M Jamil.

    MENARIK:  Edika Yusof Reda Lepaskan Isteri – ‘Hidayah Tak Mahu Pergi Kaunseling, Apa Yang Dituduh Sangat Keterlaluan’

    The post Nurel Baharin Jelaskan Adegan Cium Pipi Arfie Shah Hanya ‘Trick’ Kamera – ‘Sekarang Dah Kahwin, Kena Jaga Batas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah