Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berkongsi momen istimewa ketika membuat kejutan kepada salah seorang pekerjanya.
Artikel Berkaitan: Masih Sayang & Mahu Besarkan Anak Sama-Sama, Faisal Halim & Isteri Kembali Rujuk
Artikel Berkaitan: Hashtag Bekas Isteri Faisal Halim Undang Spekulasi – ‘Curang Itu Pilihan, Bukan Kebetulan’
Faisal Halim buat kejutan dekat keluarga
View on Threads
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, pemilik nama Muhammad Faisal Abdul Halim, 28, membelikan sebuah motosikal baharu buat pekerjanya yang dikenali sebagai Abang Ijol.
Menurut Faisal, pemberian tersebut merupakan tanda penghargaan atas kesetiaan dan komitmen individu itu yang sudah hampir tiga tahun bekerja dengannya serta keluarga.
Hadiah kecil ini sebagai tanda penghargaan atas segala dedikasi, komitmen dan pengorbanan beliau yang sentiasa bersedia membantu setiap kali saya dan keluarga memerlukan khidmatnya.
Abang Ijoi telah berada di sisi saya selama 3 tahun, dan segala kesetiaan, keikhlasan serta kesungguhannya dalam menjalankan tanggungjawab tidak pernah kami lupakan.
Tidak terhenti di situ, Faizal dan rakan-rakannya sempat menyembunyikan motosikal lama milik Abang Ijol sebelum menggantikannya dengan yang baharu beserta sebuah nota.
Terima kasih, Abang Ijoi, kerana sentiasa ada, sentiasa boleh diharapkan dan tidak pernah berkira dalam memberikan bantuan ketika kami memerlukan.
Abang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Abang akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati kami.
Semoga Allah sentiasa merahmati, melindungi dan mempermudahkan segala urusan serta perjalanan hidup Abang, walau di mana sahaja Abang berada.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap pemurah Faisal serta keprihatinannya dalam menghargai pekerja yang banyak membantu dirinya dan keluarga.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Faisal Halim Buat Kejutan, Hadiahkan Motosikal Buat Pekerja first appeared on OHBULAN!.





