Meskipun telah diberi pengiktirafan, namun penyanyi Datuk Ziana Zain memilih untuk tidak menaikkan kadar bayaran bagi persembahan yang dijayakannya.
Artikel Berkaitan: Ziana Zain Sebak Arwah Ayah & Ibu Tak Sempat Lihat Momen Terima Gelaran Datuk
Harga relevan

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Roziana Zain, 58, itu menjelaskan bahawa bayaran yang ditetapkan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai seorang penyanyi, selain turut mengikut kadar semasa.
Menurut Ziana, bayaran juga adalah bersesuaian mengikut jumlah lagu serta iringan muzik yang bakal dipersembahkan.
Tak ada. Masih mengekalkan harga yang relevan dengan zaman sekarang dan pengalaman kita. Gelaran itu sesuatu yang berbeza, menyanyi pula perkara lain.
Sebutharga macam biasa, sama ada dua, tiga, empat atau lima lagu, dengan band, tanpa band atau minus one.
Cuma kita akan naikkan harga mengikut peredaran semasa. Macam mana harga minyak naik, kita naik sikitlah.
Dalam masa sama, Ziana juga menjelaskan mengenai kos yang perlu dikeluarkan oleh setiap penyanyi bagi memastikan keterampilan mereka terjaga dengan rapi terutama ketika membuat persembahan.
Bagaimanapun, ruang untuk perbincangan tetap terbuka di antara pihak penganjur dan artis.
Sekarang ini semua memerlukan kos. Nak bersiap pun kita ada pasukan sendiri seperti jurugaya tudung, jurusolek dan stylist.
Dulu kita buat sendiri, tetapi sekarang perkara itu sudah menjadi kemestian. Setiap kali keluar, penampilan perlu sentiasa kemas dan menarik.
Kita berkongsi rezeki dengan mereka. Perkara ini memudahkan kami sebagai penyanyi kerana hanya perlu berbincang mengenai warna dan rekaan pakaian yang sesuai, selebihnya mereka akan uruskan.
Ziana berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert Sooka & konsert Vaganza Astro yang berlangsung di Kuala Lumpur pasa
Sementara itu, pelantun lagu Anggapanmu tersebut turut menitikberatkan tentang imej diri yang disifatkan antara elemen penting dalam membina kerjaya sebagai seorang anak seni.
Penyanyi perlu menjaga penampilan. Kita bersiap dan menyanyi dengan baik sebenarnya sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
Gambar-gambar itu menjadi koleksi dan arkib mereka. Kadang-kadang kita sendiri tak ingat pakaian yang pernah dipakai, tetapi peminat masih ingat dan boleh membandingkannya.
Selain bakat, imej juga sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Kita sayangkan kerjaya ini, jadi kita mahu semuanya dari hujung rambut hingga hujung kaki nampak sempurna.
The post [VIDEO] Ziana Zain Tak Jadikan Gelaran Datuk Untuk Naikkan Bayaran, Hanya Ambil Kira Kos Semasa first appeared on OHBULAN!.





