Penyanyi, Sarah Suhairi mengakui penting untuk menerapkan langkah berjaga-jaga seperti menyemak latar belakang dan sejarah pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Beri Pendapat Isu ‘Body Shaming’ – ‘Lihatlah Pada Bakat & Apa Yang Dipersembahkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Tidak Tertekan Diaju Soalan Tentang Anak – ‘Ada Mak Cik Yang Sampai Pegang Perut Saya’
Semakan latar belakang

Ketika ditemui , Sarah, 26, berkata tindakan seperti mengambil tahu sejarah pasangan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat, bukannya bertujuan untuk menghakimi mereka.
Untuk saya gambarkan seseorang itu narsistik ataupun tidak, agak sukar sebab saya bukan dalam bidang itu tetapi sekarang di Threads terlalu banyak orang membincangkan tentang narsisis dan sebagainya.
Mungkin boleh minta pendapat daripada profesional berkaitan sifat-sifat individu narsistik yang boleh kita elak.
Apabila mahu berkahwin, sedikit sebanyak kita perlu mengambil tahu tentang pasangan, bukan untuk menghukum tetapi untuk faham bagaimana pengalaman membentuk mereka.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sesi prapendengaran eksklusif EP terbaharunya berjudul Selesai, yang berlangsung pada malam Rabu.
Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Paling Indah itu berkata dia tidak pernah menetapkan sebarang penanda aras yang tidak munasabah dalam rumah tangga walaupun perkara itu sering dibincangkan di media sosial.
Bagaimanapun, Sarah meluahkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina kini berada dalam fasa bahagia.
Bagus untuk kita sentiasa berjaga-jaga. Alhamdulillah setakat ini rumah tangga saya sangatbaik.
Saya tidak meletakkan apa-apa ‘benchmark’ sebab sekarang banyak perkara yang dibincangkan di media sosial jadi secara tidak langsung kita akan terpengaruh dengan menetapkan ciri-ciri tertentu mengenai lelaki.
Cukuplah sekadar mengetahui perkara yang wajib disediakan dan diberikan mengikut kemampuan diri sendiri.
Jelas Sarah lagi, dalam usaha membina hubungan yang harmoni, pasangan perlu mencari titik persamaan yang dapat mengeratkan hubungan mereka.
Kita cari titik tengah tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebelum kahwin, tanya dulu soalan-soalan yang penting walaupun soalan yang kurang selesa untuk dibincangkan kerana kita dibesarkan dalam keluarga yang berbeza.
Jadi semua ada pengalaman yang berlainan. Saya faham ketakutan itu ada di pihak perempuan terutama membabitkan penceraian kerana memang di pihak lelaki.
Walaupun kita boleh minta, tapi prosesnya akan jadi sangat panjang. Jadi tidak mengapa, buatlah segala semakan latar belakang, janji kita rasa diri kita selamat dan kalau rasa okay baru teruskan.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Aswad Anuar pada Julai 2024.
Dalam perkembangan lain, Sarah turut memperkenalkan EP terbaharunya berjudul Selesai yang memuatkan lima buah lagu iaitu Busy Ke?, Tak Perlu Rasa, Paling Indah, Waktu Yang Salah dan Cinta Berlalu.
Kesemua lagu dalam EP Selesai boleh mula didengari menerusi semua platform penstriman muzik digital pada 13 November ini.
The post [VIDEO] Sarah Suhairi Saran Semak Latar Belakang Pasangan Sebelum Berkahwin – ‘Bagus Untuk Berjaga-Jaga’ first appeared on OHBULAN!.





