28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Pilih Bantu Insan Dalam Kesusahan – ‘Dulu Tak Kisah Belanja RM100,000 Beli Barangan Mewah’ 

    Shopee Sale

    Pelakon, Anzalna Nasir mengakui dirinya dahulu sanggup berbelanja lebih RM100,000 hanya untuk membeli barangan mewah.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Minta Tolong Netizen Cari Info, Simpati Dengan Abang ‘Rider’ Tukar Lampin Bayi Atas Motosikal

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’

    Nak guna rezeki bantu yang memerlukan

    View this post on Instagram

    A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

    Walau bagaimanapun, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir ini memaklumkan dirinya kini lebih memilih untuk menggunakan rezeki yang ada bagi membantu mereka yang memerlukan.

    Dulu, saya tak kisah berbelanja lebih RM100,000 untuk membeli barangan mewah.

    Sekarang pun masih membeli apa yang saya suka, cuma tidaklah keterlaluan seperti dulu.

    Cuma saya mula sedar bahawa harga sebuah beg berjenama sebenarnya mampu mengenyangkan ramai keluarga, menyara ibu bapa yang sedang kesusahan, dan membantu seseorang untuk bangkit semula dalam kehidupan mereka.

    Tambah Anzalna, sejak usianya semakin meningkat, hatinya semakin cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melakukan lebih banyak kebaikan.

    MENARIK:  Trisha Ooi Sifatkan Uqasha Senrose Sebagai Profesional, Tak Mahu Campur Urusan Peribadi

    Di akhir perkongsian, ibu kepada dua orang ini berharap dirinya kekal istiqamah meneruskan niatnya itu ke jalan Allah.

    Semakin meningkat usia, hati saya hanya mahu dekat dengan Allah.

    Hidup juga terasa lebih bermakna apabila melakukan kebaikan, memberi (kepada yang memerlukan) serta mencari keberkatan-Nya.

    Saya berharap akan terus istiqamah, doakan saya.

    Posting Anzalna

    Sumber: Threads

    The post Anzalna Nasir Pilih Bantu Insan Dalam Kesusahan – ‘Dulu Tak Kisah Belanja RM100,000 Beli Barangan Mewah’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah