30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Darkside’ Jakel? Individu Dakwa Tiada Waktu Rehat Sepanjang Ramadan, Syarikat Nafi – ‘Tuduhan Tidak Berasas’

    Shopee Sale

    Seorang pengguna media sosial mendakwa wujud sisi gelap mengenai jenama tekstil dan fesyen terkemuka tanah air iaitu Jakel.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’

    Artikel Berkaitan: Pemilihan Fazura Bukan Untuk Balas ‘Dendam’ – ‘Tiada Niat Melagakan, Perbincangan Dibuat Lapan Bulan Lepas’

    Darkside Jakel?

    Menerusi hantaran di Threads, individu terbabit mendakwa kebajikan pekerja di syarikat berkenaan tidak dijaga dengan baik, terutama sepanjang bulan Ramadan.

    Darkside Jakel, kebajikan staf tak dijaga langsung. Korang nak tahu tak staf tidak dibenarkan rehat waktu puasa.

    Contoh kalau awak kerja pukul 10 pagi dan rehat waktu berbuka pukul 7 petang, dalam tempoh itu tiada 10 minit pun dibenarkan rehat.

    Selain itu, individu terbabit juga mendakwa pekerja hanya diberikan tempoh masa yang singkat untuk menunaikan solat.

    Korang nak solat pun dia bagi masa 10 minit sahaja.

    Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan pihak Jakel yang tampil memberikan penjelasan bagi menjawab tuduhan berkenaan.

    MENARIK:  Rita Rudaini Ditemani Dua Anak Bujang Ke Malam Kemuncak ABPBH 36 – ‘Kami Harap Mummy Menang Sebab Mummy The Best’

    Menurut syarikat itu, semua perkara berkaitan kebajikan pekerja termasuk bayaran gaji, komisen, waktu rehat serta masa menunaikan solat telah ditetapkan mengikut kontrak pekerjaan serta mematuhi peruntukan undang-undang.

    Pihak syarikat ingin menegaskan bahawa segala dakwaan dan tuduhan yang tular adalah tidak berasas.

    Segala perkara berkaitan bayaran gaji, komisen, waktu rehat serta masa menunaikan solat telah ditetapkan selaras dengan kontrak pekerjaan dan mematuhi peruntukan Akta Kerja.

    Semua terma ini telah dimaklumkan sebelum memulakan tugas oleh itu tidak seharusnya dijadikan isu.

    Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, hantaran individu terbabit didapati sudah dipadam.

    The post ‘Darkside’ Jakel? Individu Dakwa Tiada Waktu Rehat Sepanjang Ramadan, Syarikat Nafi – ‘Tuduhan Tidak Berasas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah