30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anuar Zain, Ella, Dayang, Lyondra & Kangen Band Bersatu Dalam ‘Healing Nite 2026’

    Shopee Sale

    Pemilihan frasa ‘healing’ sebagai teras penganjuran Healing Nite 2026 bukan sekadar mengikut arus semasa, sebaliknya membawa makna mendalam sebagai simbol terapi dan pemulihan diri menjelang tahun baharu.

    Artikel Berkaitan: ‘Flying Kiss Itu Bukan Untuk Hael, Saya Tujukan Kepada Peminat’ – Dayang Nurfaizah

    Jom healing!

    Dijadualkan berlangsung pada 24 Januari 2026 di lokasi bersejarah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, konsert ini menghimpunkan barisan penghibur berkaliber dari Malaysia dan Indonesia.

    Antara nama besar yang bakal mengisi pentas termasuk Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah, manakala wakil Indonesia pula diterajui Lyodra serta Kangen Band.

    Healing Nite 2026 dianjurkan oleh Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan produksi daripada Creative Page Sdn Bhd, sementara Yumeca Sdn Bhd bertanggungjawab dari sudut pemasaran, penajaan serta penglibatan pengguna.

    Bagi Anuar Zain, penganjuran Healing Nite 2026 dilihat sebagai satu bentuk ‘reset’ emosi dan mental, sesuai dengan semangat awal tahun.

    Saya melihatnya sebagai fresh start effect, di mana kita melepaskan beban lama dan memulakan sesuatu dengan niat baharu.

    Healing Nite ini sangat bertepatan dengan konsep itu kerana muzik memang mampu menjadi terapi terbaik untuk emosi dan minda.

    Sementara itu, Ratu Rock Negara, Ella pula bakal membawa pendekatan berbeza menerusi energi dan semangat lagu-lagu ikoniknya yang akan membuatkan peminat ‘melepaskan’ tekanan.

    Healing melalui muzik adalah cara terbaik untuk memulakan tahun dengan positif. Ada yang mungkin penat bekerja, hilang keyakinan atau memendam perasaan sepanjang tahun lalu, jadi inilah masanya untuk lepaskan semua itu dan bangkit dengan energi baharu.

    Pandangan sama turut dikongsi Dayang Nurfaizah yang menganggap Healing Nite 2026 sebagai platform untuk memulakan tahun dengan getaran positif, selain menikmati hiburan secara sihat.

    Mendengar muzik bukan sekadar hiburan, ia juga aktiviti yang baik untuk emosi dan fizikal. Menyanyi bersama, bergerak ikut rentak lagu, semuanya membantu mengurangkan tekanan. Awal tahun adalah masa terbaik untuk tarik perkara-perkara positif.

    Secara keseluruhan, Healing Nite 2026 bukan sekadar sebuah konsert hiburan, sebaliknya sebuah pengalaman gaya hidup yang dikurasi rapi, menggabungkan muzik, emosi, rasa dan ketenangan dalam satu perayaan jiwa yang eksklusif.

    MENARIK:  Permintaan Sarjan Adam Mengenai Video Hubungan Songsang Dikecualikan Oleh Tuan Badan - 'Saya Bukan Ajoi Zainal'

    Healing Nite 2026 akan berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 8.45 malam. Tiket boleh didapati dalam pelbagai kategori menerusi platform Ticket2u.

    The post Anuar Zain, Ella, Dayang, Lyondra & Kangen Band Bersatu Dalam ‘Healing Nite 2026’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah