Penyanyi, Amad Dayyan tidak terganggu dengan usikan rakan-rakan yang berseloroh tentang tindakannya yang menyanyi sambil memegang bahu pada final program Talk To My Manager (TTTM) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang DM Tanya Umur Ahmad Berapa & Ajak Couple’ – Siti Saerah Kongsi Ragam Peminat
Tak kecil hati

Ketika ditemui , Amad menjelaskan bahawa dia menganggap perkara tersebut hanyalah sebagai satu usikan dan percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadapnya.
Suasana di sekolah baik dan semua berjalan seperti biasa. Ada yang bergurau meminta saya supaya tidak menyanyi sambil memegang bahu.
Saya tidak ambil hati. Malah, saya ketawa bersama mereka kerana saya sendiri melihatnya sebagai sesuatu yang lucu.
Amad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulungnya berjudul Mendewasa yang berlangsung di Gombak, Selangor pada Selasa.
Jadi diri sendiri
View this post on Instagram
Sementara itu, penyanyi berusia 13 tahun tersebut memaklumkan bahawa dia tidak ambil pusing dengan segelintir pihak yang didakwa cemburu terhadap kerjayanya berikutan dilihat semakin meningkat naik.
Saya melihat perkara itu dari sudut positif untuk memotivasikan diri dan kerjaya saya. Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang.
Saya hanya menjadi diri sendiri. Saya pun tidak membaca komen. Jika ada kritikan, ibu akan menanganinya.
Saya menjalankan tugas seperti biasa sebagai penyanyi. Walaupun sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi, saya memilih untuk tidak memikirkan sangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, ketika program TTMM, Amad memegang bahunya berikutan didakwa mengalami gangguan mistik sehingga menjejaskan persembahan pada malam final.
Insiden itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penonton yang rata-rata prihatin dengan keadaan Amad.
The post Amad Dayyan Tak Ambil Serius Kawan Seloroh Kejadian Pegang Bahu Sambil Menyanyi – ‘Saya Pun Ketawa Bersama Mereka’ first appeared on OHBULAN!.





