28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad mendedahkan telah membelanjakan ribuan ringgit bagi merawat gangguan mistik yang dialaminya sejak bertahun-tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Tak Segan Sertai ‘Raise The Star’, Pecahkan Tembok Ego

    Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Khalida Balqis – ‘Saya Rasa Senang Di Samping Dia’

    Gangguan mistik

    Ketika ditemui , pemilik Wan Nursalam Wan Ahmad, 34, berkata dia kerap mengalami rasa sakit yang menusuk pada badan selain sering didatangi mimpi ngeri yang pelik.

    Katanya, meskipun sudah lama berdepan gangguan mistik tetapi tahun ini menjadi detik paling sukar dan menyakitkan dalam hidupnya.

    Sejak awal tahun ini, saya sudah habis beribu untuk berubat saja. Tahun ini ‘gangguan’ itu sangat kuat sampai terfikir ‘majalnya’ hidup.

    Tetapi apabila fikir semula, saya rasa ini adalah susunan Allah yang mahu menguji saya. Antaranya, saya selalu rasa sakit menyucuk satu badan secara tiba-tiba

    Saya pernah mimpi saya berada dalam satu rumah, ada seorang lelaki dan perempuan yang tidak dikenali tarik saya keluar daripada rumah itu.

    Saya tolak tangan dia dan masuk semula ke dalam rumah. Kemudian saya tengok ruangan itu dipenuhi dengan ular.

    Jelas bekas peserta program nyanyian, Raise The Star itu, gangguan yang dialaminya begitu teruk sehingga ia berlaku hampir setiap bulan.

    MENARIK:  ‘Jangan Terus Merokok Waktu Berbuka, Rosak Badan Nanti’ – Dr Che Hafiz

    Mengulas lanjut, Wanns berkata, perawatnya tidak mendedahkan individu yang melakukan perbuatan tersebut namun mendakwa ada pihak yang kurang senang dengannya

    Dalam perkembangan lain, Wanns bakal muncul dengan telemovie terbaharu berjudul Ustaz Detektif yang dijadualkan tayangannya di TV3 pada tahun hadapan.

    Telemovie itu mengisahkan tentang Ustaz Azmi yang dilakonkan oleh Wanns seorang bekas inspektor polis yang kini berdakwah dengan tegas, terjerumus semula ke dalam dunia konspirasi apabila siasatannya terhadap suplemen sunnah tiruan mendedahkan penipuan besar membabitkan sebuah NGO Islam terkenal.

    Selain daripada Wanns, turut terlibat ialah Isyariana dan Qistina Khaled.

    The post Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah