28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz & Ruhainies Tiba Bersama Di Mahkamah Bagi Prosiding Kes Khalwat – ‘Doakan Yang Terbaik Buat Kami’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz hadir bersama pelakon, Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes khalwat mereka hari ini.

    ‘Doakan yang terbaik untuk kita orang semua’

    Aliff dan Ruhainies yang berpakaian sedondon berona hitam tiba di perkarangan mahkamah pada kira-kira jam 9.05 pagi. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz berharap agar prosiding harini berjalan dengan lancar.

    Terima kasih kepada semua, kami hargai rakan-rakan media yang hadir.

    Saya minta doa yang baik-baik daripada semua supaya prosiding hari ini berjalan dengan lancar.

    Sementara itu, Ruhainies mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik.

    Doakan yang terbaik untuk kita orang semua.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.

    Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    MENARIK:  Fatin Afeefa Mengkritik Geng yang Tolak Penggunaan 'Stroller' di Bazar Ramadan - Alami Sesak Nafas dan Terdedah kepada Virus

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah