Personaliti terkenal, Elly Mazlein berharap orang ramai tidak cepat mengkritik, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada pendatang baharu seperti Azeva Natassha untuk mengembangkan potensi dalam bidang pengacaraan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pilih Stoking Putih, Orang Dah Tak Tanya Lagi Kerana Semuanya Jelas’ – Elly Mazlein
Support bakat baharu

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, 45, berkata, pengacara memerlukan masa untuk membina keyakinan dan mencari identiti sendiri, justeru tidak wajar dihakimi hanya selepas penampilan sulung di atas pentas.
Jangan jadi ‘joy killer’. Bila dah ada orang baharu, kita kena percayakan dia, beri dia sokongan sebab dia baru minggu pertama (mengacara).
Ramai yang cakap Azeva jelmaan Kak Lina Pom Pom 2.0. Tidak mengapa, yang mana awak rasa benda itu boleh menggembirakan orang, tak apa nak tiru.
Rezeki masing-masing, saya nampak Azeva selesa di atas pentas. Kalau dia ambil cara saya, itu satu pujian bagi saya, ada orang jadikan saya contoh.
Elly berkata demikian ketika ditemui pada majlis Raikan Cinta bersama Jakel yang berlangsung di Ever Glory, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Sabarlah Hati itu turut menyambut baik kemunculan lebih ramai pengacara muda kerana mengakui industri hiburan tempatan memerlukan ramai pelapis.
Saya ‘love’ Azeva walaupun dia kali pertama tapi kita nampak yang dia betul-betul seronok dan tahu apa kena buat begitu juga dengan Cik B.
Saya harap ada ramai lagi adik-adik baru kita cungkilkan diri supaya dapat menjadi pengacara sebab Malaysia memang kekurangan pengacara.
Kalau boleh saya nak ramai lagi sebab memang di Malaysia kita ketandusan pengacara yang boleh mengendalikan sesebuah majlis atau program.
Pada masa sama, Elly turut menitipkan nasihat kepada mereka yang mahu mencipta nama sebagai pengacara agar tidak hanya bergantung kepada personaliti, sebaliknya melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan.
Gembira lihat adik-adik yang dah mula berjinak dalam bidang pengacaraan. Dengan adanya Azeva dan Cik B, saya rasa inilah satu langkah yang baik untuk industri tanah air.
Tetapi dengan satu syarat semua pendatang baharu kena ada pengetahuan juga. Tanggungjawab seorang pengacara bukan mudah. Memang boleh gila-gila macam saya tapi kena tahu format program.
Kita kena tahu tugasan kita sebagai pengacara supaya info yang kita dapat disampaikan dengan baik. Dalam masa sama kita selitkan dengan perangai kita yang kelakar.
Sebelum ini, Azeeva diumumkan sebagai hos program Big Stage X bergandingan dengan Nabil Ahmad.
The post ‘Ramai Cakap Azeva Jelmaan Kak Lina Pom Pom, Tak Apa Nak Tiru’ – Elly Mazlein Minta Netizen Sokong Bakat Baharu first appeared on OHBULAN!.





