31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran mulakan istiadat penghormatan terakhir untuk Khamenei

    Shopee Sale

    Iran memulakan istiadat penghormatan terakhir untuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, dengan kehadiran para tetamu kenamaan asing dan tokoh agama di Grand Mosalla Tehran.

    Menurut agensi berita Iran, IRNA, jenazah Khamenei bersama jasad pengiringnya dipindahkan ke Grand Mosalla Tehran pada awal Jumaat dan ditempatkan di dewan solat utama, menjelang upacara penghormatan awam selama dua hari.

    Wakil pusat Islam, pertubuhan masyarakat serta gerakan antiperanang dan antihegemoni dari beberapa negara Eropah termasuk Itali, Belanda, Britain, Denmark dan Austria turut hadir di Tehran untuk mengikuti atau membuat liputan media mengenai istiadat itu.

    MENARIK:  Menteri tolak permintaan dedah perkembangan siasatan serangan anak Rafizi

    Istiadat penghormatan itu diteruskan pada Sabtu dan Ahad, dengan jenazahnya ditempatkan di Grand Mosalla bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir, sebelum perarakan pengebumian diadakan di Tehran pada Isnin.

    Upacara seterusnya dijadual berlangsung di kota suci Qom, diikuti istiadat di Baghdad, Karbala dan Najaf di Iraq, sebelum jenazah dikebumikan di Mashhad pada 9 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah